Bek baharu HM sedar kehilangan 4 penyerang sukarkan misi raih 3 mata di bumi Bishkek


  • Podium
  • Jumaat, 31 Mei 2024

Declan (kiri) menyedari situasi mencabar di hadapan mereka menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun ini. — Facebook/FAM

BAHANG menjelang perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Kyrgyzstan pada 6 Jun semakin dirasai dengan aksi akan berlangsung dalam keadaan sejuk di Bishkek, Kyrgyzstan.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan anak buahnya tidak dapat bermain dengan tenang kerana ketiadaan beberapa pemain utama penyerang seperti Faisal Halim, Darren Lok, Arif Aiman ​​Hanapi dan Syafiq Ahmad akibat kecederaan.

Tambahan pula, Kyrgyzstan akan turun sebagai pasukan pilihan selepas kini pasukan itu berada di kedudukan lebih tinggi (ke-100) daripada Harimau Malaya yang kini menghuni carta ke-138 dalam ranking dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

BACA LAGI: Zhafri Yahya ganti Syafiq Ahmad tercedera, ramai sangka sepatutnya Sumareh, Aguero atau Wan Zack

BACA LAGI: Komen jutawan bukti Vida serius mahu beli Kelantan dari Zamsaham

Selain kedudukan ranking berkenaan, faktor selesa bermain dengan cuaca yang sejuk juga akan memberi kelebihan kepada Kyrgyzstan untuk beraksi lebih baik daripada pasukan pelawat.

Bek sayap, Declan Lambert menyedari situasi mencabar di hadapan mereka namun pemain Kuala Lumpur City FC itu memberitahu rakan sepasukannya untuk memanfaatkan gelaran pasukan underdog.

“Pasukan tuan rumah berdepan jangkaan yang lebih tinggi dan mungkin kami boleh memanfaatkannya. Dengan pemain penyerang utama kami cedera, memang sukar meraih kemenangan tetapi kami mesti berusaha untuk mencapainya.

WhatsApp Image 2024-05-31 at 17.39.14

Kehadiran Declan (kanan) pada tugasan negara kali ini akan menambah pilihan di bahagian bek sayap. — Facebook/FAM

“Kami mesti menjadikan setiap peluang yang datang dan tidak terlalu risau tentang keadaan yang kami hadapi,” katanya menjelang perlawanan penting berkenaan.

Declan antara pemain baharu yang tersenarai dalam skuad kali ini bersama Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC) dan Adib Ra’op (Penang FC), Feroz Baharudin (JDT) dan Engku Shakir Engku Yacob (Terengganu FC).

Harimau Malaya dijadualkan bakal beradu kekuatan dengan Kyrgyzstan pada 6 Jun di tempat lawan sebelum melayan kunjungan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, lima hari kemudian. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram