Bek persis Josko Gvardiol bantu benteng Sang Penyu kukuh di carta Liga Super


  • Podium
  • Khamis, 30 Mei 2024

Ubaidullah (tiga dari kiri) diturunkan dalam kesemua tiga aksi Liga Super buat skuad Sang Penyu. — Facebook/Terengganu FC

MELIHAT kepada rekod pertahanan Terengganu FC setakat tiga perlawanan, mereka merupakan antara pasukan terbaik dalam Liga Super dengan hanya sekali dibolosi ketika berdepan Perak FC.

Barisan pertahanan cukup mantap boleh dikatakan kunci di sebalik pencapaian tersebut dengan ia sekali gus membantu skuad Sang Penyu menduduki tangga kedua liga.

Salah seorang watak utama di sebalik perkara tersebut ialah pemain muda, Ubaidullah Shamsul Fazili yang baru sahaja diberikan peluang dalam pasukan senior musim lalu.

BACA LAGI: Hatrik CJ dalam Piala MFL buatkan tempat Pak Mael di Sang Penyu makin goyah

BACA LAGI: Ofsaid Manuel Ott kecewakan Sang Penyu, Terengganu dan Penang kongsi mata

443954435_951604320085835_1578712570364628277_n

Reputasi Ubaidullah semakin meningkat sejak mencipta debut Liga Super. Facebook/Terengganu FC

Tenang, sering berkomunikasi dan pantas menghidu ancaman lawan merupakan salah satu kunci utama di sebalik kehadirannya yang semakin kerap buat Terengganu FC.

Malah, bagi penyokong kelab itu menerusi akaun Facebook Analisis Bola Tranung, mereka menganggap Ubaidullah memiliki dua lagi elemen penting yang menjadikannya seorang pertahanan elit.

"Josko Gvardiol TFC? Daripada bek tengah, diubah kepada bek kiri kerana kebolehannya untuk membuat hantaran jauh. Hehe, sekadar gurauan, tahniah Ubai!" tulisnya.

Gvardiol merupakan prospek pertahanan cukup menarik dengan dia menjadi watak utama di sebalik kejayaan Manchester City sejak menyertai mereka pada jendela perpindahan 2023/24.

3924b23cb1be45a2905591ca30dd21a1

Gvardiol merupakan salah seorang bintang utama Manchester City musim lalu. Agensi

Hantaran jauhnya cukup penting dalam membantu barisan serangan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbabit di samping untuk Croatia dalam Piala Dunia 2022.

Setakat ini, Ubaidullah beraksi dalam kesemua 270 minit Liga Super buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner dengan tiga percubaan tidak tepat direkodkannya.

Jadi, sumbangan sedemikian sekali gus membuatkannya salah seorang pertahanan muda terbaik dengan perkara sedemikian diakui berdasarkan kejayaan meraih gelaran Pemain Terbaik Piala MFL musim lalu.

Selepas ini, Terengganu FC bakal berdepan Perak FC dalam pertembungan pusingan pertama Piala FA di laman sendiri pada 14 Jun sebelum kembali beraksi dalam Liga Super menentang Kuching City FC lapan hari kemudian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram