[VIDEO] Kualiti setaraf universiti siap padang golf, Maahad Tahfiz Pahang 'berhak' jadi Top 10 SPM


  • Massa
  • Jumaat, 31 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan Sekolah Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang mendapat tempat pertama dalam carta 10 sekolah terbaik SPM 2023. — MTNP

27 Mei lalu merupakan tarikh keramat buat para pelajar yang mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Keputusan SPM 2023 itu juga menyaksikan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.60 dengan peratusan calon layak menerima sijil adalah 93.5 peratus.

Lebih mengejutkan apabila Sekolah Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) menduduki tempat pertama dalam carta 10 sekolah terbaik SPM dengan gred purata sekolah (GPS) sebanyak 1.070.

BACA LAGI: Beri peluang kedua calon tidak hadir SPM, galakkan ambil kemahiran TVET — KGMMB

BACA LAGI: 'Usah harapkan cikgu saja, KPM diminta teliti tindakan terhadap ibu bapa acuh tak acuh kehadiran anak duduki SPM'

GOk8u70boAAD5NC

MTNP mendahului sekolah lain dalam carta tersebut. — Twitter

Muncul sebagai sekolah terbaik, nama MTNP kini menjadi bualan ramai kerana tidak menyangka ia boleh menandingi sekolah berasrama penuh lain.

Namun, kedudukan itu juga didorong oleh beberapa faktor utama yang mungkin tidak disedari orang awam.

Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @Pelabur_Bijak pada Rabu lalu, sekolah maahad tersebut mempunyai pelbagai fasiliti berkualiti tinggi untuk kegunaan para pendidik dan pelajarnya.

Tidak dinafikan lagi bahawa kualiti persekitaran mampu meningkatkan taraf pendidikan termasuk sekolah tahfiz yang kurang mendapat perhatian berbanding sekolah lain.

Dalam video itu, kelihatan beberapa fasiliti mewah yang disediakan pihak sekolah termasuk padang golf, kolam renang, tempat memanah dan banyak lagi.

msg1050426791-32956 (1)

Tangkap layar video memaparkan padang golf yang disediakan di dalam MTNP. — MTNP

Kagum dengan pencapaian maahad itu, rata-rata warganet tidak ragu-ragu mengakui bahawa fasiliti yang disediakan selangkah ke hadapan dan setaraf universiti.

"Maahad Tahfiz Negeri Pahang, fasiliti macam kolej dah, kolej aku dulu pun tak ada golf dan kuda sendiri," tulis pengguna itu.

"Kalah terus universiti aku, tapi tahniah kepada semua yang fokus dan melabur untuk maahad ini. Memang berhak betul dia dapat top sekolah terbaik tu. Tengoklah kualiti persekitaran dia," komen @nnaymarc.

Bukan itu sahaja, ramai juga tidak menolak hakikat bahawa pelaburan untuk meningkatkan kualiti fasiliti sekolah dapat membantu memberi suasana lebih sihat kepada pelajar.

Mengulas lanjut, ada juga yang menyarankan pihak pengurusan sekolah lain untuk mencontohi MTNP bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan pelajar.

"Harap lebih banyak negeri-negeri lain yang mencontohi. Esok-esok ada anak nak cuba mohon masukkan anak pula," saran @HannaAnn33. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram