Kelibat Nooa di Jakarta bersama Gergasi Merah dipersoal


  • Podium
  • Khamis, 30 Mei 2024

Kehadiran Nooa sudah tentu diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti bahagian tengah Harimau Malaya. — Facebook/Harimau Malaya

PERSIAPAN diteruskan skuad kebangsaan menjelang aksi getir menentang Kyrgyzstan dan Taiwan dalam dua aksi terakhir dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Bagaimanapun, perancangan dibuat berdepan sedikit masalah apabila Kim Pan-gon masih belum dapat mengumpulkan kesemua anak-anak buahnya yang dipanggil selepas tiga hari sesi latihan berpusat diadakan.

Ini termasuk pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor FC dan Dion Cools yang beraksi di liga Thailand bersama Buriram United masih belum kelihatan di padang latihan.

BACA LAGI: Perak FC, Yusri Che Lah bakal tuai manfaat besar lawan Harimau Malaya

BACA LAGI: MAB bantu Harimau Malaya terbang tinggi, jadi penaja utama FAM 3 tahun

445393574_969058911892504_8845752884058283623_n

Nooa bersama skuad Gergasi Merah bertolak ke Indonesia untuk pertandingan persahabatan. Facebook/Selangor FC

Malah, perkara mengejutkan turut berlaku apabila tonggak skuad Gergasi Merah, Nooa Laine didapati masih bersama pasukannya yang kini di Indonesia untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan.

Dalam beberapa keping foto dimuat naik, pemain tengah itu kelihatan berada dalam kalangan pasukan yang dibawa ke negara seberang dengan tempoh keberadaan mereka di situ masih belum dikenal pasti.

Keadaan berkenaan menyaksikan penyokong Harimau Malaya berang atas keputusan 'ubi muda' berusia 21 tahun atas keputusannya untuk tidak melaporkan diri dalam kem skuad kebangsaan.

"Macam mana Nooa Laine boleh ikut pergi Jakarta, Indonesia sedangkan dia dapat panggilan Harimau Malaya? Atau akan dilepaskan hari Isnin ini?" kata Onefootball.my.

"Memang bermasalah, tengok sahaja bila dia akan sampai. Risau nak tengok macam mana pemain nak beraksi dalam sistem 'double pivot' jika Pan-gon kekal dengan taktikalnya," kata Sadiiomanamane.

"Gugurkan saja sekiranya benar berlaku. Janganlah hanya kerana dia pemain Selangor, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tutup mata sebelah," kata ibm45555714.

Selangor FC bakal menjalani perlawanan persahabatan dalam aksi RCTI Premium Sports dengan mereka dan Sabah FC merupakan wakil dari Liga Super sementera Persija Jakarta serta PSIS Semarang ialah peserta dari Indonesia.

Perlawanan akhir bakal diadakan pada Ahad ini dengan skuad kebangsaan dilaporkan akan bertolak ke Kyrgyzstan untuk berdepan negara itu empat hari kemudian.

Jadi, terdapat kemungkinan Nooa akan bersama Harimau Malaya pada tarikh tersebut yang bakal menyaksikannya tidak dapat berlatih dalam pasukan negara untuk perlawanan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram