'Kalau betul nak mai je', fans cabar keikhlasan Liridon kembali ke Kedah


  • Podium
  • Selasa, 28 Mei 2024

Liridon mencipta nama dalam arena bola sepak tanah air sepanjang beberapa musim beraksi buat skuad Sang Kenari.

SELEPAS beberapa tahun beraksi dalam Liga Malaysia, Liridon Krasniqi yang merupakan pemain naturalisasi negara kini mengambil langkah berbeza dalam kariernya.

Dia yang kali terakhir bermain untuk Terengganu FC musim lalu kini difahamkan berada dalam Baller League anjuran bekas bintang skuad antarabangsa Jerman, Lukas Podolski dan Mats Hummels.

Bakatnya cukup bersinar dalam liga yang diadakan di negara Eropah tersebut apabila dia cukup bijak menggunakan struktur fizikal dan sentuhannya untuk mengelirukan lawan.

BACA LAGI: [VIDEO] Rembatan Baddrol, penalti Liridon julang Kedah jadi kelab terakhir kalahkan JDT pada aksi Sumbangsih

BACA LAGI: Andai bersatu semula jika kapten Kedah berhijrah, Sang Kenari kena fikir masak-masak sebelum 'ikat' Liridon

WhatsApp Image 2024-05-28 at 11.17.55 (1)

Liridon kini beraksi dalam Baller League di Jerman dengan dia mula meraih perhatian.

Tetapi, Liridon yang merupakan pemain kelahiran Kosovo kelihatan bersedia untuk kembali mewarnai arena bola sepak tempatan setelah memberi bayangan berminat untuk menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Ini selepas pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan satu komen setelah kekalahan skuad Sang Kenari kepada Perak FC di laman sendiri dalam pertembungan Liga Super pada Sabtu lalu.

"Apa sudah jadi? Bilakah jendela perpindahan kemudiannya dibuka?" kata pemain tengah berkenaan yang menerima pelbagai respons daripada penyokong bola sepak tempatan.

Ramai daripada mereka sudah tentu mahu menyaksikan kemasukan pemain terbabit yang pernah bertahun-tahun beraksi buat kelab Utara tanah air tersebut.

Namun, di sebalik kata-kata aluan diterimanya, ada yang tidak mahu menyaksikan Liridon pulang dengan menganggap komen diberikan hanya kata-kata kosong.

WhatsApp Image 2024-05-28 at 10.29.37

Tangkap layar daripada komen Liridon di laman Instagram KDA FC.

"Dia sengaja beri komen demikian, mahu orang ramai tangkap layar dan kemudian hasilkan satu video untuk dimuat naik di TikTok. Kalau betul mahu sertai Kedah, tidak perlu nak komen jendela perpindahan sebegitu," kata Shah Safuan 17.

"Dah dia nak masuk Kedah semula ke? Naya kalau begini," kata The Bos Gaurus PDR.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Liridon bakal menyertai mana-mana pasukan Liga Super pada jendela perpindahan lalu, tetapi dia mengambil keputusan beraksi dalam Ballers League.

KDA FC merupakan salah satu kelab dikaitkan dengan pemain yang turut dikenali sebagai Mat Don itu dengan seorang pemain tengah kreatif diperlukan mereka.

Bagaimanapun, kegagalan mendapatkan persetujuan menyaksikan skuad Sang Kenari ketiadaan seseorang di posisi berkenaan dengan gandingan Habib Haroon dan Halim Saari sering diturunkan di bahagian tengah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram