Lebih 20 peratus staf Man United dijangka berhenti kerja


  • Podium
  • Khamis, 30 Mei 2024

Man United memberi masa selama seminggu bermula 1 Jun kepada pekerjanya kecuali para pemain kelab itu. — Agensi

MANCHESTER United memberi masa kepada kakitangannya selama seminggu untuk membuat keputusan jika mahu bersama kelab tersebut susulan larangan Sir Jim Ratcliffie waktu bekerja fleksibel.

Ratcliffie memutuskan perkara itu selepas mengambil kira proses pengambilalihan yang berpanjangan bagi mengawal operasi bola sepak.

Namun, jutawan Britain itu menegaskan bahawa keputusan itu ditetapkan kepada seluruh ahli kecuali pemainnya.

BACA LAGI: Nasib Martial, Ten Hag bersama Man United akhirnya terjawab

BACA LAGI: 'Perform di pramusim', bintang Selangor, Terengganu, JDT 'belum panas enjin' dalam Liga Super

msg1050426791-32887

Jim Ratcliffie yang tidak gemar dengan budaya bekerja dari rumah. — Agensi

Pemilik kelab itu tidak gemar dengan budaya bekerja dari rumah berikutan penurunan sebanyak 20 peratus trafik e-mel apabila pekerjanya tidak hadir di pejabat setiap Jumaat.

Para pekerja Man United juga diberi notis untuk mendapatkan pekerjaan alternatif jika mereka tidak bersetuju dengan arahan baharu itu.

Notis bersertakan surat perletakkan jawatan secara sukarela juga sudah dihantar melalui e-mel pada Selasa dengan tarikh akhir untuk membuat keputusan pada 5 Jun ini.

Sebelum ini, kelab tersebut menggaji lebih daripada 1,000 orang pekerja dan dijangka 20 peratus daripadanya akan berhenti.

Dalam pada itu, syarat yang dilakukan dianggap boleh menjadi langkah penjimatan kos serta cara baharu untuk melabur lebih banyak dalam skuad permainan selepas kelab itu mengalami kerugian sebanyak RM213 juta pada 2023. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram