'Dia ada apa JDT perlukan', import baharu Harimau Selatan dilabel pengganti ideal Leandro


  • Podium
  • Selasa, 28 Mei 2024

Skuad Harimau Selatan meneruskan kecemerlangan dengan dua kemenangan berturut-turut Liga Super. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

SKUAD Harimau Selatan mengukuhkan cengkaman mereka di persada Liga Super selepas mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC 5-1 di tempat lawan, Sabtu lalu.

Pemain import Sepanyol, Juan Muniz menjadi watak utama dalam perlawanan tersebut dengan dua gol dijaringkannya, termasuk satu menerusi sepakan percuma.

Jadi, pujian melambung sudah tentu diberikan terhadapnya selepas debutnya musim lalu boleh dikatakan kurang menyerlah kerana terdapat lebih ramai import yang berkualiti.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah jaringkan gol berdepan AC Milan, Francisco Geraldes kini milik JDT

BACA LAGI: 'Perform di pramusim', bintang Selangor, Terengganu, JDT 'belum panas enjin' dalam Liga Super

441492177_1022499819245994_2595022382020303701_n

Geraldes memiliki peranan penting dalam kemenangan JDT ke atas KL City FC. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Namun, berdasarkan komen bertaburan di media sosial, ada yang beranggapan pemain baharu mereka, Francisco Geraldes memiliki peranan cukup penting dalam perlawanan itu.

Selain beberapa kali mencipta peluang jaringan, import dari Portugal itu tenang dalam mencari rakan sepasukannya dalam membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih tiga mata tersebut.

Sumbangan diberikan itu sekali gus membuatkannya sebagai seorang wira tidak didendang sepanjang 90 minit permainan di Stadium Cheras, KL di hadapan ribuan penyokong.

2463385

Kehilangan Leandro amat dirindui rata-rata penyokong Harimau Selatan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Pada pengamatan saya, dia calon terbaik yang menggantikan peranan Leandro (Velasquez). Lincah, hantaran tepat dan kaki kanan dia lebih dominan. Jika dalam dua atau tiga perlawanan masuk kesebelasan utama, pasti lebih padu," kata Matt Adil.

"Dia ada apa yang JDT perlukan. Lincah dan ada skil individu, beri masa kat dia. Bagi dia betul-betul masak dengan corak pemain yang lain, pasti lebih padu," kata Irwa Azrin.

"Dia ini bagus, hantaran dan teknikalitinya cukup baik. Kreativiti, visi dan proses membuatkan keputusan juga pantas. JDT perlu beraksi dari tengah berbanding dari sayap," kata Yusuf Aziz.

Geraldes menyertai skuad Harimau Selatan dari kelab berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu, Baniyas selepas pernah menyertai beberapa pasukan lain sepanjang kariernya, termasuk Estoril dan Sporting Lisbon.

Kemasukannya dianggap sebagai pengganti kepada Leandro yang meninggalkan pasukan itu dengan kecederaan mendesak pemain Argentina itu mencari destinasi baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram