GAGAL memiliki lesen memandu merupakan antara kesalahan paling tinggi ketika Ops Khas dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Februari lalu.
Perkara itu sekali gus memperlihatkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya masih belum mempunyai lesen memandu sah.
Pelbagai faktor mendorong kepada perkara itu berlaku iaitu antaranya adalah kos mengambil lesen bagi setiap individu.
BACA LAGI: Trak pikap jatuh laut kena hempas ombak kuat hentak jejantas hubungkan feri di Banyuwangi
BACA LAGI: Tak sangka Puspakom antara kemudahan boleh perbaharui cukai jalan, lesen kenderaan
Pelajar wajib untuk menjalankan ujian memandu sebelum menerima lesen sah. — Gambar hiasan/The Star
Mengulas lanjut, seorang pengguna Facebook Faizal Nubex, proses mengambil lesen di Malaysia terlalu sukar dengan bayaran yang dikenakan terlampau tinggi.
Katanya, harga untuk mendapatkan lesen bagi dua individu sahaja boleh mencecah RM5,000 serta terdapat beberapa syarat tidak seharusnya dikenakan terhadap mereka.
"Anak aku dua orang nak ambil lesen. Kena bayar hampir RM5,000. Apa yang mahal sangat tak tahulah. Dah macam nak minang anak orang.
"Benda wajib keperluan macam ni tak payahlah susah-susahkan. Tak ada lesen, awak saman. Nak buat lesen, disusahkan," luahnya.
Pada masa sama, pengguna terbabit berkongsi pengalamannya ketika mendapatkan lesen memandu di Amerika Syarikat (AS) yang sangat mudah dan menjimatkan.
Katanya, pelajar memandu di negara itu tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan lesen L dan perlu jalani ujian bertulis biasa sahaja.
Pelajar memandu di AS dikatakan menggunakan kenderaan sendiri ketika melakukan ujian memandu. — Gambar hiasan
Faizal menambah, pelajar digalakkan untuk menggunakan kenderaan sendiri semasa mengambil ujian pemanduan di AS.
"Aku dulu ambil lesen dengan kawan-kawan masa tengah belajar kat AS. Lesen L percuma, cuma ambil test saja. Soalannya multiple choice, ada 40 soalan.
"Syaratnya, tak boleh salah lebih daripada 10. Tapi kalau salah lebih 10 pun tak apa, sebab boleh ambil test yang sama pada hari sama. Dia terangkan mana yang salah, lepas itu dia bagi kertas baharu.
"Kau ambillah berapa banyak kali pun, janji jangan salah lebih 10. Falsafahnya, mereka nak mudahkan rakyat sebab lesen itu keperluan. Bila tiba hari driving test yang hanya selang beberapa hari, rupanya dia suruh bawak kereta sendiri.
"Mudah la sebab kau dah tahu perangai kereta sendiri. Kalau kereta kita gear auto, bawalah auto. Kalau manual, bawalah manual," katanya.
Tambahnya, keseluruhan jumlah yang perlu dibayar ketika itu adalah kira-kira RM87 dan ada juga kawasan yang tidak mengenakan bayaran langsung.
Kongsinya lagi, harga untuk menukar lesen luar negara di Malaysia juga lebih murah iaitu sekurang-kurangnya RM100.
Justeru, dia menasihatkan orang ramai yang mempunyai peluang ke luar negara boleh mendapatkan lesen memandu di negara tersebut kerana tidak menelan kos yang tinggi.
Semakan di laman web JPJ mendapati, orang ramai boleh memohon untuk membuat pertukaran lesen memandu luar negara di mana-mana JPJ negeri.
Jika tempoh permohonan lulus, mereka boleh mengeluarkan lesen yang dipohon dalam tempoh 90 hari dari tarikh kelulusan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram