DALAM usaha menangani masalah parkir dan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di kawasan bandar, kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya mencontohi penggunaan teknologi pintar seperti yang diaplikasikan di China.
Ini kerana, melalui teknologi canggih yang digunakan oleh negara Tanah Besar ini mampu membantu meningkatkan kecekapan pengurusan lalu lintas dan ketersediaan ruang parkir, seterusnya mengurangkan kesesakan.
Dalam pada itu, China juga telah membuktikan melalui pendekatan strategik dan inovatifnya menunjukkan bagaimana teknologi canggih boleh digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah, termasuk kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar pada ketika ini.
BACA LAGI: MRECA minta kerajaan cari titik tengah bendung penggunaan vape elak industri terjejas
Dengan Malaysia juga ingin menyelesaikan isu parkir ini secepatnya sebelum semakin melarat, berikut tiga alternatif yang boleh 'ditiru' oleh pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah tersebut sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas.
1. Penggunaan Teknologi IoT dan Sensor
Bandar-bandar utama seperti Beijing dan Shanghai, China telah memasang sensor parkir yang disambungkan dengan IoT. —Agensi
Menurut statistik yang dilaporkan media antarabangsa, People Daily Online, bilangan kenderaan di China mencecah 426 juta pada akhir Jun 2023 yang bermaksud melebihi sejuta di 88 bandar.
Bagi mengatasi masalah tersebut, negara membangun itu telah membangunkan sebuah aplikasi yang dilengkapi dengan teknologi Internet of Things (IoT).
Sebagai contoh, di bandar-bandar utama seperti Beijing dan Shanghai, China telah memasang sensor parkir yang disambungkan dengan IoT.
Sensor ini memberikan maklumat terkini mengenai ketersediaan ruang parkir, membolehkan pemandu mencari tempat parkir dengan lebih cepat dan mudah.
Lebih mengagumkan lagi, aplikasi mudah alih yang diintegrasikan dengan sensor parkir membolehkan pemandu melihat ketersediaan ruang parkir secara langsung dan menempahnya terlebih dahulu.
Ia sekali gus mengurangkan masa yang dihabiskan untuk mencari parkir dan seterusnya mengurangkan kesesakan.
2. Pengurusan lalu lintas pintar
Pengurusan lalu lintas pintar mampu menganalisis aliran lalu lintas secara 'real time' untuk mengurangkan kesesakan terutamanya pada waktu puncak. — Agensi
Di bandar-bandar besar seperti Beijing dan Shanghai menggunakan sistem pengurusan lalu lintas pintar yang disokong oleh teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) dan big data.
Sistem ini mampu menganalisis aliran lalu lintas secara real time dan menyesuaikan isyarat lampu jalan untuk mengurangkan kesesakan terutamanya pada waktu puncak.
Sehubungan itu, teknologi tersebut dilihat sesuai digunakan di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain bagi memudahkan orang awam yang memandu ketika kesesakan lalu lintas.
3. Kemudahan awam efisien, canggih
Rangkaian kereta api peluru yang terbesar di dunia itu turut menghubungkan hampir semua bandar utama di China— Agensi
China telah membina rangkaian kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang luas, menghubungkan bandar-bandar utama dengan cepat dan efisien.
Dengan rangkaian jaringan meliputi 42,000 km, rangkaian kereta api peluru yang terbesar di dunia berkelajuan 350 kilometer sejam itu turut menghubungkan hampir semua bandar utama di negara itu.
Ini sekali gus memudahkan pergerakan rakyat dan mempercepatkan masa perjalanan antara bandar.
Penggunaan bas elektrik secara meluas membantu mengurangkan pencemaran udara dan menjadikan sistem pengangkutan lebih mesra alam.
Sekiranya negara mampu membina rangkaian kereta api sedemikian rupa, ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi meningkatkan ekonomi tetapi juga membangunkan kawasan luar bandar yang berada di laluan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram