DALAM usaha mempercepatkan kemajuan teknologi dan infrastruktur negara, Malaysia disarankan untuk mencontohi pendekatan yang diambil oleh China.
Hal ini kerana, negara yang terkenal dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi dan pembangunan infrastruktur, boleh menjadi model bagi Malaysia dalam mencapai kemajuan serupa.
Bukan itu sahaja, seorang warga maya melalui laman X (Twitter) @magmalaya berkata, dalam beberapa tahun akan datang, teknologi pengangkutan awam yang dicipta dan digunakan oleh negara tersebut akan diaplikasikan dalam negara.
"Kalau kau orang nak tahu teknologi apa yang masuk Malaysia dalam masa tiga hingga empat tahun akan datang, kau boleh pergi ke Shanghai, Beijing, Guangzhou dan Shenzhen untuk melihat teknologi mereka," tulisnya.
BACA LAGI: MRECA minta kerajaan cari titik tengah bendung penggunaan vape elak industri terjejas
Perkara tersebut turut dipersetujui, @Pelabur_Bijak memandangkan teknologi yang digunakan terutamanya melibatkan pengangkutan awam semakin canggih.
"Aku berani cakap masa depan kita 'dipegang' oleh China dan bukan lagi negara Barat," katanya.
Individu tersebut turut memuat naik satu video memaparkan kemudahan awam, peralatan serta teknologi terkini di China.
Kalau korang nak tahu tech apa yang masuk Malaysia 3-4 tahun mendatang, korang boleh fly pergi Shanghai Beijing Guangzhou Shenzhen sekejap tengok what's happening there. https://t.co/7CAZykjEoS
— Mag (@magmalaya) May 19, 2024
Antara yang menarik perhatian pengguna media sosial ialah perkhidmatan bas elektrik (Bas EV) yang digunakan di negara tersebut.
Menurut seorang warga net, @amir_afiq perkhidmatan bas elektrik seumpama itu pernah dilaksanakan di Putrajaya pada tahun 2017 tetapi menggunakan teknologi Jepun.
"Putrajaya pernah ada bas elektrik, perkhidmatan bas ini hanya beroperasi di laluan perkhidmatan bas Nadi Putra di dalam Putrajaya sahaja kerana ia hanya mampu bergerak sejauh 30 kilometer (km) berbanding bas elektrik lain.
"Namun selepas tiga tahun dihentikan sebab menelan kos yang tinggi dan tak diselenggarakan dengan baik.
"Kita boleh buat tetapi untuk laksanakan dan kekalkan agak susah," tulisnya.
Perkhidmatan bas elektrik yang pernah dilaksanakan di Putrajaya pada tahun 2017.
Sementara itu, @putera*_ pula berkata, negara sebenarnya mempunyai pelbagai teknologi moden namun tindakan sesetengah agensi yang bersikap acuh tidak acuh akan menyebabkan teknologi itu tidak kekal lama.
"Kita boleh buat tetapi percayalah, benda sama yang melibatkan bas elektrik di Putrajaya itu akan berulang. Sepatutnya pada ketika ini, kerajaan sudah perlu serius. Kalau dulu kita pandang Jepun, mungkin dah mula tukar pandang ke China pula," katanya.
Kesimpulannya, mencontohi kejayaan teknologi China boleh menjadi strategi efektif bagi Malaysia untuk meningkatkan pembangunan teknologi dan infrastruktur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram