[VIDEO] Trak pikap jatuh laut kena hempas ombak kuat hentak jejantas hubungkan feri di Banyuwangi


  • Benua
  • Rabu, 22 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan sebuah lori yang terjatuh ke dalam laut selepas jambatan penghubung putus akibat ombak kuat di Banyuwangi, Indonesia pada Ahad lalu. — Agensi

PEMANDU dan penumpang sebuah lori berdepan detik-detik cemas selepas kenderaan yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut ketika mahu menyeberangi Feri Pelabuhan Sungai Danau (ASDP) Ketapang, Banyuwangi, Indonesia pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Tanjungwangi Banyuwangi, Inspektor Bambang Darmono berkata, kejadian berlaku berpunca daripada keadaan ombak laut terlalu kuat dan menghentak jambatan penghubung pelabuhan tersebut.

Katanya, lori yang dipandu Haryono, 47, mengalami kerosakan selepas terjatuh ke dalam laut dan terperosok di bawah feri tersebut.

BACA LAGI: Insiden pesawat SIA: Lelaki Britain sah maut kena serangan jantung

BACA LAGI: MAS hampir ditutup,ini 3 isu selain MYAirline pernah jejaskan syarikat penerbangan negara

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

photo_6228709238386048675_y

"Ketika itu, lori terbabit sedang melalui jambatan penghubung sebelum feri tersebut secara tiba-tiba bergoncang dan memutuskan penghubung jalan tersebut," katanya pada Isnin lepas.

Tambahnya, kedua-dua pemandu dan penumpang bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh para petugas di pelabuhan tersebut.

Difahamkan, kenderaan yang ditenggelami air itu dapat dikeluarkan pasukan keselamatan pada Selasa dan dianggarkan kerugian mencecah puluhan juta rupiah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram