[VIDEO] Piala AFF: Dihidang laluan mudah bikin ekor Harimau Malaya tersenyum riang


  • Podium
  • Selasa, 21 Mei 2024

Harimau Malaya hanya menamatkan kempen Piala AFF yang lalu di peringkat separuh akhir. — Facebook/FAM

SKUAD Harimau Malaya pastinya tersenyum apabila melihat hasil undian Piala AFF yang akan berlangsung pada hujung tahun nanti apabila mereka diundi di samping negara lebih mudah.

Menerusi undian yang diadakan pada Selasa, anak-anak buah Kim Pan-gon diletakkan dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand disusuli Singapura, Kemboja dan pemenang antara Brunei atau Timor Leste.

Undian tersebut boleh dikatakan seimbang buat skuad kebangsaan memandangkan Kumpulan B mengandungi Indonesia, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Laos.

BACA LAGI: Pengalaman Liga Super jadi taruhan 2 bintang muda capai sasaran Piala AFF 2023 B-23

BACA LAGI: Gagal raih tempat ke-3 Piala AFF, ekor Harimau Muda mahu FAM ganti Elavarasan dengan Kim Hak-bum

Reaksi Pan-gon terhadap hasil undian saingan Piala AFF akan datang.Facebook/FAM

Berdasarkan format pertandingan, aksi peringkat kumpulan menyaksikan setiap negara berpeluang menjadi tuan rumah dalam dua perlawanan dan dua aksi lagi di tempat lawan secara liga sepusingan.

Meskipun Thailand boleh dikatakan pesaing cukup hebat, tiga negara lain dalam Kumpulan A tidak berada dalam prestasi terbaik beberapa tahun kebelakangan ini.

Jadi, tidak hairanlah apabila rata-rata penyokong turut merasai kelegaan sehingga ada dalam kalangan mereka mula berasakan skuad kendalian Pan-gon sudah selangkah ke peringkat seterusnya.

"Untuk ke pusingan separuh akhir memang ada peluang. Tetapi, besar kemungkinan kita akan bertemu Vietnam di peringkat itu," kata Fiq Nabil.

445374264_1153453299061238_2718185043450477238_n

Perebutan Piala AFF kali ini sudah tentu akan menyajikan saingan hebat. Facebook/FAM

"Insya-ALLAH ada harapan untuk ke separuh akhir, bakal berjumpa Indonesia selaku juara Kumpulan B," kata Ba Yon.

"Alhamdulillah kita diletakkan dalam kumpulan lebih mudah. Jika kita lihat, ada peluang besar untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara di belakang Thailand," kata Hziq Jano.

Dalam edisi yang lalu, skuad kebangsaan melangkah ke peringkat separuh akhir setelah menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan kedua sebelum disingkirkan Thailand.

Jadi, harapan sudah tentu lebih besar diletakkan penyokong Harimau Malaya untuk mengulangi satu-satunya kejayaan dikecapi dalam Piala AFF pada 2010.

Bagaimanapun, keengganan pasukan berentap di Asia, iaitu Johor Darul Ta'zim dan Selangor FC melepaskan pemain utama dikhuatiri akan mengurangkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya, apatah lagi menjadi juara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram