PERSEKUTUAN Bola Sepak Asean (AFF), telah selesai melakukan undian bagi kedudukan kumpulan untuk kejohanan Piala Shopee musim 2024-2025 yang menyaksikan dua wakil Terengganu FC (TFC) dan Kuala Lumpur City diletakkan bersama gergasi Asia Tenggara.
Persatuan Bola Sepak Thailand memberikan laluan kepada juara Thai League 1, Buriram United untuk beraksi dalam Piala Shopee meskipun mendapat slot untuk ke Liga Juara-Juara Elite Asia (ACEL) musim depan.
Dalam undian yang diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Khamis melihatkan banyak negara Asean menghantar pasukan-pasukan besar yang merekodkan kejuaraan dalam liga masing-masing musim lalu.
BACA LAGI: Magis 2022, kehilangan Bergson-Roonie jadi 4 momen getir pertembungan epik JDT-Selangor
Kumpulan Piala Shoppe musim 2024-25.
Manakala, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menghantar pasukan yang berada di tangga keenam dan ketujuh untuk membawa cabaran negara di pentas Asean.
Ia sekali gus menimbulkan kekuatan yang ada pada TFC dan Kuala Lumpur City untuk bersaing dengan skuad pasukan berkualiti seperti Buriram United, BG Pathum United dan Lion City Sailors.
Kuala Lumpur City yang bergelut dengan isu tunggakan gaji mendapat laluan sukar dalam kejohanan Piala Shopee apabila diundi dengan Buriram United (juara Thailand), Cong An Ha Noi FC (juara Vietnam), Borneo FC Samarinda (juara Indonesia), dan Kaya FC - Iloilo (juara Filipina).
Manakala Terengganu akan bertemu lawan Sabah FC dalam Piala AFC, PSM Makassar musim lalu dan dilihat mendapat laluan mudah berbanding KL City.
KL City menjuarai Piala Malaysia pada 2021.
Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC tidak menyertai Piala Shopee memandangkan mereka akan beraksi dalam kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.
Namun bermain dalam fikiran, adakah MFL serius untuk menghantar wakil Liga M bagi membawa cabaran Malaysia di pentas Asia?
Perlu diingatkan negara-negara rantau kini semakin di hadapan dalam peningkatan bola sepak manakala Liga Malaysia terlibat dengan isu-isu yang menjadi topik hangat dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram