PERTEMBUNGAN aksi Piala AFF B23 bagi penentuan tempat ketiga antara Malaysia dan Thailand berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada skuad Gajah Perang menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 selepas masing-masing terikat 0-0 pada masa sebenar perlawanan.
Aksi yang berlangsung baik itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan E. Elavarasan melakukan beberapa perubahan.
Skuad Bawah-23 tahun (B-23) kebangsaan lebih menguasai perlawanan dengan serangan pantas dilancarkan dalam usaha mereka mendapatkan gol awal berbanding lawan.
Bersambung babak kedua, Gajah Peramh lebih banyak mendominasi dengan skuad muda negara lebih banyak bertahan.
Tambahan masa 5 minit juga tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal terikat 0-0.
Perlawanan diheret ke penentuan penalti yang mana Malaysia tewas kepada Thailand dengan keputusan 3-4 apabila dua sepakan penalti gagal disempurnakan oleh Syahir Bashah dan Muhd Abu Khalil.
Keputusan akhir di antara Malaysia dan Thailand. — Facebook/FAM
Kegagalan skuad muda negara merebut tempat ketiga itu menimbulkan rasa marah penyokong yang mahukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar jurulatih bagi skuad B-23 negara.
"Rombak pasukan B-23 terutamanya jurulatih, dah bagi dua kali peluang semua gagal," kata Ramly Abd.
"Kenapa tak ambil Kim Hak-bum biar dia pegang B-23 senang nak berkerjasama dengan Kim Pan-gon," jelas Mohd Antoo.
"Ganti jurulatih, Elavarasan tak bagus Sukan Sea kalah Piala AFF pun kalah macam mana nak layak Piala Asia B-23," ujar Mikail Amar.
"FAM gagal hanya menumpang kejayaan Kim Pan-gon, skuad muda negara semua hancur," luah Halim Shafiq.
Untuk info, selepas ini skuad B-23 sekali lagi akan ke Thailand dalam misi untuk melayakkan diri ke kejohanan Piala AFC B-23 2024 yang akan berlangsung di Qatar.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H akan menentang Thailand (tuan rumah), Bangladesh dan Filipina pada September depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram