Berjaya kalahkan skuad Jang, kelab Lembah Klang rupanya ada lambakan bintang dari Pantai Timur


  • Podium
  • Khamis, 28 Mac 2024

Sebahagian aksi perlawanan persahabatan antara skuad Jang berdepan Putrajaya FC. — Facebook/NSFC

MENJELANG permulaan Liga Malaysia (Liga M), kebanyakan pasukan sudah mengorak langkah awal dengan mengadakan perlawanan pramusim untuk menambah kecergasan pemain.

Baru-baru ini, Negeri Sembilan FC (NSFC) yang memulakan kempen pramusim 2024/2025 bermula dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Putrajaya FC.

Perlawanan persahabatan yang diadakan secara tertutup di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor itu menyaksikan pasukan Liga Super itu terpaksa berputih mata apabila tewas kepada kelab Liga M3.

Dalam aksi tersebut, Penolong Ketua Jurulatih, K. Nanthakumar menyifatkan perlawanan berkenaan sebagai peluang barisan pemain skuad Jang mencari keserasian.

BACA LAGI: Kongsi foto bersama TMJ, bekas defend JDT kembali terajui Harimau Selatan, bergandingan bersama Aidil Zafuan?

WhatsApp Image 2024-03-28 at 21.06.08

Nurshamil Abd Ghani (kanan) antara tonggak utama Putrajaya FC yang membantu skuad berkenaan tewaskan NSFC.Facebook/NSFC

BACA LAGI: [VIDEO] Kena belasah skuad Garuda, fans Vietnam mengamuk pecahkan TV

"Banyak perkara yang masih perlu diperbaiki pasukan terutama pada bahagian serangan.

"Kita akan berikan yang terbaik dalam perlawanan menentang Terengganu FC.

"Memandangkan perlawanan tersebut merupakan perlawanan kedua pramusim, para pemain masih lagi mencari keserasian.

"Kita menjangkakan akan ada peningkatan dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang," katanya.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong menyedari bahawa kebanyakan pemain Putrajaya berasal dari kelab Kelantan United FC.

Antara pemain yang disebut-sebut ialah pemain berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin dan bekas penyerang Kuching City FC, Nurshamil Abd Ghani.

"Kebanyakan pemain Putrajaya adalah pemain-pemain daripada Liga Super, patutlah padu," kata Pak Ndak E.

"Putrajaya FC ni ramai bekas Kelantan United rupanya," kata Addy Aidi.

"Selain Indra Putra, Nurshamil Abd Ghani pun ada dekat Putrajaya," kata Muhamad Fanikin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram