[VIDEO] Fans Selangor, MPKJ bekerjasama anjur Malam Solidariti Faisal Halim


  • Podium
  • Ahad, 19 Mei 2024

Pemain gantian berjersi 77, Aliff Haiqal Lau melakukan sambutan jaringan Faisal Halim, 'siuuu' selepas menjaringkan gol tunggal. — Facebook/Selangorfc

SELANGOR Soccer Fan Club bersama Majlis Perbandaran Kelana Jaya (MPKJ) berkesempatan menganjurkan Majlis Solidariti Faisal Halim yang diadakan di Stadium Kajang, Selangor pada 17 Mei.

Majlis itu juga bersempena persediaan perlawanan Selangor FC berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Sabtu.

Antara pengisian pada program itu termasuklah solat isyak, solat hajat, doa selamat dan tayangan video pendek Solidariti Faisal Halim.

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

BACA LAGI: Faisal Halim boleh jumpa anak dari jauh, sempat 'request' nasi ayam penyet

Selain itu, turut dianjurkan aktiviti seperti penalti gol kecil melibatkan lima peserta, program ramah mesra bersama pemain SRG esport dan tandatangan solidariti kepada Faisal Halim di banner besar serta sign petisyen.

Hadir pada program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Tuan Nazli Md Taib.

Turut hadir memeriahkan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Altimet yang juga merupakan penyanyi rap dan komposer terkenal tanah air pernah menyumbang suara untuk lagu Ultras Selangor, Langgam Gendang Perang.

Terdahulu, Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey menjadi mangsa simbahan asid yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang 5 Mei lalu.

Berikutan insiden tersebut, Mickey dilaporkan mengalami kecederaan di badan, tangan dan muka akibat simbahan itu dan baju yang dipakainya turut kelihatan cair akibat kesan bahan berbahaya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram