Bukit Tambun harapkan ex-Penang uji Kedah, Selangor buat skuad The Jang 'tersedar'


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Skuad kendalian Azzmi akan bertandang ke Stadium Kelana Jaya selepas NSFC akan bertemu dengan Selangor FC dalam pusingan kalah mati Piala FA nanti.

PENGENDALI Bukit Tambun FC, Hasbul Hazani Dauh yakin anak buahnya berpeluang untuk melakukan kejutan menjelang pertemuan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Pusingan 16 Piala FA nanti.

Bukit Tambun FC yang merupakan pasukan dari Liga A1 Semi Pro diundi bertemu pasukan Sang Kenari di pusingan 16 yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Bagi Hasbul, beliau secara peribadi menghormati reputasi skuad Hijau Kuning yang dilihat sebagai sebuah pasukan gergasi yang sangat berpengalaman dalam kejohanan besar seperti Piala FA.

Namun, beliau turut yakin dengan kebolehan yang ada pada para pemainnya dan tidak terkejut jika mampu melakukan kejutan dalam pertemuan itu.

BACA LAGI: Tekad mahu cekau 3 mata pertama, N9, Selangor dan Perak boleh guna bintang Asia

BACA LAGI: Aksi pembuka tirai Liga Super buktikan Sony Norde antara bintang temui cinta baharu, lupakan ‘kekasih lama’

“Kita tahu siapa Kedah dan bagaimana kedudukan Kedah di Liga Super, dan pengalaman dalam kejohanan ini sendiri, sememangnya ia satu lawan yang sangat kuat bagi kami.

“Namun, saya ada pemain yang cukup bersemangat dan bersedia untuk membuktikan sesuatu walaupun seperti mana orang cakap pasukan M3 adalah pasukan kerdil dan baharu, kami cukup bersedia untuk mengharungi perlawanan ini," katanya memetik laporan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Hasbul juga menyatakan bahawa Bukit Tambun FC adalah pasukan yang berbeza dengan edisi Piala FA 2022 kerana tahun ini mereka dibarisi pemain yang berkualiti seperti bekas kapten pasukan Penang FC, Abdul Qayyum Jabrullah dan Muhammad Rafiuddin Roddin.

“Tapi untuk musim ini, pasukan ini juga dibarisi pemain yang lebih berpengalaman seperti kita mempunyai bekas kapten pasukan Penang FC dan beberapa orang juga untuk bahagian serangan, kita yakin mampu berikan cabaran yang lebih kepada Kedah," jelasnya.

TMABUN

Antara barisan pemain Bukit Tambun pada musim lepas. — Facebook/BukitTambun

Dalam satu lagi undian, pasukan kendalian Azzmi Ab Aziz akan bertandang ke Stadium Kelana Jaya selepas pasukan Negeri Sembilan FC akan bertemu dengan Selangor FC dalam pusingan kalah mati nanti.

Menurut Azzmi yang merupakan Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), beliau sedar cabaran yang akan diterima oleh pasukannya memandangkan Selangor adalah pasukan yang mempunyai kualiti dan persiapan yang lebih baik.

Tambahnya lagi, permulaan musim ini adalah sesuatu yang cukup mencabar bagi pasukannya memandangkan perlawanan minggu kedua dan ketiga Liga Super adalah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

NSFC

NSFC akan bertemu Gergasi Merah bagi aksi pertama Piala FA mereka. — Facebook/NSFC

“Macam yang saya katakan, selepas pertemuan menentang JDT kita akan bertemu Selangor dan untuk Piala FA kita akan berjumpa Selangor lagi, dan para pemain sedar tugas berat menanti mereka," ujarnya.

Azzmi berkata, beliau tetap yakin dan percaya dengan kemampuan anak buahnya dan selalu realistik dalam menetapkan sesuatu sasaran selepas melihat kemampuan yang ada pada pasukannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram