[VIDEO] Man United jadi bahan ketawa, Old Trafford banjir dihujani 'air terjun'


  • Podium
  • Isnin, 13 Mei 2024

Tangkap layar memaparkan air mengalir turun menerusi bumbung di Old Trafford yang tular di laman sosial. — Agensi

SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang menimpa Manchester United apabila tewas 0-1 di tangan Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford pada Ahad.

Kekalahan itu menyaksikan Man United gagal meraih tiga mata penting di laman sendiri apabila benteng pertahanan mereka mudah ditembusi pelawat.

BACA LAGI: [VIDEO] Baru satu game, stadium jadi bendang antara warna-warni aksi awal Liga Super

BACA LAGI: Azizulhasni raih gangsa ke-2 dalam tempoh 24 jam di Jepun

Pemain Arsenal, Leandro Trossard berjaya menyumbat satu gol yang juga merupakan jaringan tunggal dalam aksi tersebut.

Lebih mengecewakan lagi apabila bumbung Stadium Old Trafford dilaporkan mengalami kebocoran akibat hujan lebat.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong The Red Devils itu menyuarakan pandangan mereka mengenai masalah tersebut selepas video air mengalir keluar menerusi bumbung menjadi tular di laman sosial.

Situasi itu menyebabkan penyokong basah lencun ketika pasukan kendalian Erik ten Hag tewas di tangan Arsenal.

"Stadium Old Trafford berubah menjadi air terjun," kata @SkySportsEPL.

"Tak sangka secara tiba-tiba Old Trafford berubah menjadi air terjun, pihak pengurusan perlu memainkan peranan untuk mencari punca kebocoran tersebut," kata @beINSPORTS_EN.

"Jika saya tidak rakam sendiri kejadian ini, mungkin saya sendiri tak percaya Old Trafford berubah menjadi air terjun," kata @LarryMadowo. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram