SABAH FC melaungkan amaran awal sudah bersedia menggegarkan Liga Super 2024/25 selepas muncul juara Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC, 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Pastinya kemenangan berharga tersebut memberi suntikan semangat buat barisan pemain The Rhinos menjelang perlawanan Liga Super menentang Penang FC yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.
Dalam aksi pramusim berdepan kelab amatur, Keningau FA, Sabah FC tampil garang dalam perlawanan berkenaan dengan meledak 10 jaringan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Sangat luar biasa', teaser jersi baharu Sabah buat ramai fans berdebar
BACA LAGI: Contohi Stuart Wilkin, Gary Steven Robbat mahu bawa Sabah kuasai Top 3 Liga Super
Penyerang berbisa skuad kebangsaan, Darren Lok antara tonggak Sabah FC yang mencetak gol dalam aksi pramusim tersebut.
Berikut Majoriti menyenaraikan tiga pemain Sabah FC yang dijangka akan meledak jaringan berdepan Penang FC.
1. Park Tae-su
Kapten pasukan Sabah FC, Park Tae-su turut menjadi sebutan penyokong Sang Badak apabila dijangka akan mencetak gol dalam aksi berdepan Harimau Kumbang nanti.
Pertahanan kental Sang Badak itu sering menggalas tugas sebagai kapten pasukan untuk mengetuai The Rhinos.
Meskipun menggalas tugas menjaga benteng pertahanan, Tae su dijangka akan mencetak gol. — Facebook/Sabah FC
Bukan itu sahaja, pemain kelahiran Korea Selatan itu turut meledak lapan gol dalam saingan Liga Super musim 2023.
Melihat kepada rekod gol tersebut, sudah tentu Tae-su atau mesra dengan panggilan Pak Karim itu dijangka antara tonggak The Rhinos yang berpotensi mencetak gol aksi berdepan Penang nanti.
2. Darren Lok
Sebut sahaja nama Darren Lok, pastinya ramai penyokong tanah air mengenali tonggak skuad kebangsaan tersebut.
Darren Lok antara watak penting dalam perlawanan pramusim apabila mencetak dua gol ketika berdepan kelab amatur, Keningau FA.
Bergelar tonggak skuad kebangsaan, tak mustahil Darren Lok akan mencetak gol. — Facebook/Sabah FC
Jadi, dengan kehilangan Ramon untuk aksi di laman sendiri, harapan besar semestinya diletakkan terhadanya untuk menembusi benteng pertahanan skuad Harimau Kumbang.
Meskipun ada beranggapan Darren Lok berdepan isu prestasi, jaringan demi jaringan disaksikan musim lalu sudah cukup untuk menamakannya dalam senarai penjaring.
3. Jafri Chew
Sejak membuat keputusan untuk meninggalkan tanah kelahirannya, Pulau Pinang pada penghujung musim lalu, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew akhirnya mendapat sinar baharu dalam kariernya apabila namanya kian disebut-sebut penyokong Sabah FC.
Selain Darren Lok, Jafri Chew antara watak penting yang mencetak dua gol buat Sabah FC ketika berdepan Keningau FA.
Jafri Chew dijangka mencetak gol dalam perlawanan pertama berdepan Penang FC. — Facebook/Sabah FC
alah, sepanjang ketiadaan penyerang musim lalu, bekas pemain muda kebangsaan itu menampilkan persembahan baik dengan beberapa gol dijaringkannya.
Jadi, sekiranya Kim Swee memberikannya peluang dalam aksi pembukaan itu, Jafri pasti akan mengambilnya untuk membantu skuad Sang Badak memburu mata pertama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram