TREND membeli rumah lelong kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pembeli rumah di Malaysia.
Harga rumah baharu yang terlalu tinggi, hingga ada kalanya tidak masuk akal menyebabkan orang ramai mula menerokai pilihan lain yang lebih bersesuaian dengan tahap ekonomi pembeli.
Secara umumnya, hartanah lelong ialah rumah yang dijual pihak bank ataupun individu secara lelongan merangkumi kediaman seperti flat, pangsapuri, banglo dan sebagainya.
Lelongan biasanya dilaksanakan oleh pihak pelelong berlesen yang dilantik bank atau pihak individu.
Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang rumah lelong ini, seorang perunding hartanah, Rubi Hasman berkongsi tujuh tip sebagai panduan untuk memudahkan urusan orang ramai.
Berikut 7 tip yang dikongsikan:
1. Buat semakan pinjaman dengan teliti sebelum membida. Sekiranya anda menang namun pinjaman tidak diluluskan, agak sukar untuk mencari duit bagi menyelesaikan harga keseluruhan. Jika tidak boleh bayar, deposit akan terhapus.
2. Pastikan anda tahu apa nak dibuat dengan rumah itu. Jangan beli dan biar rumah tersebut hidup sendiri. Boleh rancang siap-siap sama ada anda berhasrat untuk menjual (flip), sewa atau duduk sendiri.
3. Pergi tengok rumah tersebut depan mata. Jangan percaya dengan gambar rumah yang dimuat naik dalam laman web. Bimbang itu adalah gambar beberapa tahun yang lalu. Pastikan juga rumah masih itu masih ada orang duduk atau tidak.
BACA LAGI: Microsoft umum pelaburan RM10.5 bilion di Malaysia
Lelongan biasanya dilaksanakan oleh pihak pelelong berlesen yang dilantik bank atau pihak individu. — Facebook/Rubi Hasman
BACA LAGI: 'Tunggu kenyataan rasmi', CEO Kedah enggan ulas keputusan MFL potong 3 mata
4. Buat kiraan berapa wang yang diperlukan untuk baik pulih rumah jika ia perlu dibaiki. Minta sebut harga atau nasihat daripada pihak yang berkelayakan.
5. Sediakan wang untuk bayaran peguam, yuran penilaian dan tunggakan bil serta cukai.
6. Jika rumah tersebut ada Badan Pengurusan Bersama (JMB), anda perlu semak terlebih dahulu jumlah tunggakan yuran pengurusan pemilik rumah. Bayaran ini pembeli yang perlu bayar. Kena bersiap sedia kerana kebiasaannya tunggakan tersebut agak tinggi.
7. Semak nilai pasaran rumah berkenaan, kemudian buat pengiraan jumlah maksimum untuk bidaan. Jangan buat bidaan melebihi nilai pasaran selepas mengira untung dan rugi.
Beli rumah lelong memerlukan banyak duit. Jadi pengiraan itu sangat penting. Jangan teruja nak menang sampai salah buat percaturan. Kalah menang itu adat dalam lelongan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram