'TikTok Affiliate' antara 'side income' pilihan pekerja swasta jana gaji lebih RM2,000 sebulan


  • Bizz
  • Khamis, 02 Mei 2024

Peningkatan taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan masyarakat hari ini perlu bekerja lebih daripada satu pekerjaan demi kelangsungan hidup.

NAMPAKNYA penjawat awam sudah mula tersenyum lebar selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024.

Malah kenaikan itu juga adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.

Pengumuman pada majlis sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Rabu itu amat dinanti-nantikan golongan penjawat awam.

Rata-rata sudah boleh menarik nafas lega kerana setidak-tidaknya peningkatan itu boleh sedikit sebanyak mengurangkan beban ditanggung mereka, apatah lagi dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar.

Mahu tidak mahu, pekerja dalam sektor swasta terpaksalah menerima hakikat 'mengecewakan' itu.

Sedangkan sebenarnya ramai pekerja swasta yang terpaksa berdepan dengan gaji rendah di bawah RM2,000.

Peningkatan taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan masyarakat hari ini perlu bekerja lebih daripada satu pekerjaan demi kelangsungan hidup.

Di sini Majoriti senaraikan tiga jenis pekerjaan alternatif yang sering dilakukan pekerja swasta sebagai usaha menambah pendapatan mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Boleh sampai bercerai jika ambil risiko suami isteri jadi bisnes ‘partner’

1

TikTok Affiliate menjadi antara platform menjana pendapatan tambahan yang sedang hangat ketika ini.

BACA LAGI: Tak kedekut ilmu bisnes, ikut rapat 5 anak muda, otai usahawan jika mahu sukses berniaga

1. TikTok Affiliate

Sejajar dengan perkembangan teknologi pada hari ini, rakyat Malaysia mampu menjana pendapatan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Yang diperlukan hanyalah kesungguhan untuk belajar dan menerokai sisi baharu alam pekerjaan.

Antara platform menjana pendapatan tambahan yang sedang hangat ketika ini ialah TikTok Affiliate.

TikTok Affiliate yang diperkenalkan oleh TikTok Shop merupakan satu sistem jana pendapatan bagi peniaga yang menjalankan perniagaan secara dalam talian tanpa mengeluarkan modal.

Caranya mudah sahaja, mereka hanya perlu mempromosikan produk dengan bentuk yang menarik dan kreatif bagi membolehkan mereka mendapat komisen daripada jualan tersebut.

Konsepnya sama sahaja seperti ejen atau juga dikenali sebagai 'dropship'.

2. Perkhidmatan e-hailing atau p-hailing

p-hailing

Kehadiran ekonomi gig melalui e-hailing adalah bagus untuk menambah pendapatan.

Kerjaya dalam perkhidmatan e-hailing atau p-hailing sesuai dijadikan sebagai kerja sampingan atau untuk tempoh jangka masa pendek.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sendiri sebelum ini pernah menyatakan bahawa kehadiran ekonomi gig melalui e-hailing adalah bagus untuk menambah pendapatan.

Kemunculan platform digital yang menyediakan perkhidmatan tersebut memberi ruang lebih besar kepada penjanaan ekonomi rakyat Malaysia.

Apatah lagi, sistem kerjanya yang lebih fleksibel dan kebebasan memilih tempat bekerja menyebabkan ia sesuai dijalankan oleh pelbagai peringkat masyarakat.

3. Joki permainan video

20210117161349000000game22942011280

Joki permainan dibayar untuk bermain permainan sehingga tahap tertentu mengikut perjanjian.

Joki ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang dibayar untuk melakukan sesuatu.

Pada masa kini, ramai orang mula menjual perkhidmatan joki dalam permainan video untuk menambah pendapatan mereka.

Joki permainan dibayar untuk bermain permainan sehingga tahap tertentu mengikut perjanjian dan kebiasaannya, bayaran yang ditawarkan diselaraskan dengan tahap kesukaran atau apa yang anda ingin dapatkan, seperti watak permainan.

Selain menjadi joki permainan, ada juga yang menjual barangan permainan terhad kepada rakan pemain dan semakin sukar permainan itu didapati, semakin tinggi harganya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram