McDonald's akui jualan makin terjejas susulan konflik Asia Barat


  • Bizz
  • Rabu, 01 Mei 2024

McDonald’s pada Selasa melaporkan peningkatan yang sederhana dalam keuntungan suku tahunannya susulan konflik yang berlaku di Asia Barat.

MCDONALD'S pada Selasa melaporkan peningkatan yang sederhana dalam keuntungan suku tahunannya susulan konflik yang berlaku di Asia Barat.

Walaupun jualan meningkat hampir dua peratus pada suku pertama, namun McDonald’s menghadapi masalah di pasaran antarabangsa, terutamanya di kawasan yang terjejas akibat konflik di Gaza.

Ketua Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski berkata, walaupun boikot dikatakan semakin pulih, namun beliau tidak dapat menjangkakan tempoh masa untuk rangkaian makanan segera terkemuka di dunia itu kembali normal.

"Kami tidak menjangkakan keadaan akan menjadi lebih baik selepas berlakunya boikot sehingga perang berakhir," katanya kepada penganalisis melalui panggilan video.

BACA LAGI: [VIDEO] Lebih 100 tetamu majlis kahwin muntah-muntah lepas jamah cendawan rasa ‘pelik’

Jualan McDonald’s menghadapi masalah di pasaran antarabangsa, terutamanya di kawasan yang terjejas akibat konflik di Gaza. — Agensi/ Gambar hiasan

BACA LAGI: [VIDEO] Jiran ‘naik minyak’ di majlis tahlil sebab terlalu banyak motor parkir depan rumah

Jualan McDonald's mula terjejas selepas pengendali McDonald’s di Israel, Alonyal Limited menyalurkan ribuan makanan percuma kepada tentera Zionis pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, McDonald's Kuwait dan McDonald's Qatar, yang kedua-duanya dikendalikan secara berasingan daripada perniagaan Israel menyalurkan bantuan ke Gaza.

McDonald's melalui pemfailan sekuriti menyatakan kebanyakan restoran miliknya di Asia Barat dikendalikan di bawah perjanjian francais yang mana ibu syarikat tidak melabur sebarang modal.

McDonald's menyifatkan kesan paling ketara daripada boikot itu dapat dilihat di Asia Barat, namun impaknya turut dirasai di pasaran Malaysia, Indonesia dan beberapa bahagian di Perancis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram