LEBIH 100 tetamu mengalami muntah-muntah selepas menjamah hidangan yang disediakan di sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di bandar Cuernavaca, Mexico pada Sabtu malam.
Menurut laporan media antarabangsa, seramai 80 individu yang disyaki mengalami jangkitan kuman dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu dirakam tetamu lain yang turut berada di lokasi majlis perkahwinan tersebut sebelum dimuat naik di laman X (Twitter) @dom_lucre pada Rabu.
Klip berdurasi seminit 25 saat itu memaparkan suasana panik yang terjadi selepas kebanyakan tetamu mengadu kesakitan.
BACA LAGI: [VIDEO] Jiran ‘naik minyak’ di majlis tahlil sebab terlalu banyak motor parkir depan rumah
Seramai 80 tetamu dimasukkan ke hospital terkena akibat jangkitan kuman. — Agensi
BACA LAGI: Rumah terbakar 100 peratus di Sandakan, wanita warga emas rentung
Salah seorang tetamu, Aranza Rodriguez berkata, cendawan liar yang dihidangkan bersama keju kambing dan tomato coulis sebagai pembuka selera berkemungkinan menjadi penyebab insiden tersebut berlaku.
Ujar Aranza, untuk hidangan utamanya, dia dihidangkan dada ayam yang disumbat dengan bayam, tarragon dan puri ubi keledek serta asparagus.
Sementara tetamu lelaki pula dihidangkan dengan pilihan makanan yang berbeza, termasuk daging dengan sos wiski sebagai hidangan utama.
"Saya tidak pasti makanan mana yang menyebabkan ramai tetamu sakit, namun saya masih ingat cendawan liar yang saya makan mengeluarkan bau kimia yang agak kuat.
"Saya telah diberikan cecair intravena dan ubat untuk merawat jangkitan kuman akibat makanan tersebut," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram