Peniaga kecil desak haramkan TikTok seperti Indonesia, bimbang senasib pemandu teksi


  • Massa
  • Ahad, 21 Apr 2024

Segelintir peniaga mendakwa TikTok Shop sangat merugikan kerana harga jualan di platform itu jauh lebih murah. — Gambar Hiasan

SEGELINTIR peniaga kecil menggesa kerajaan kerajaan menguatkuasakan undang-undang menutup TikTok Shop seperti Indonesia kerana menjejaskan perniagaan mereka.

Walaupun ia dilihat sebagai platform yang terbaik untuk mengembangkan perniagaan namun tidak pada mereka yang menjalankan perniagaan secara tradisional.

Hal ini kerana, ada sesetengah pihak melihat platform yang semakin berkembang itu sebagai satu ancaman kepada mereka ekoran daripada harga yang ditawarkan penjual menerusi TikTok yang jauh lebih murah termasuk harga penghantaran.

Selain itu, wujud juga wujud masalah lain apabila penjualan barang berkenaan banyak mengandungi barang tiruan yang menyalahi cap dagang sehingga menyebabkan pengeluar barangan tempatan mengalami kerugian yang besar.

BACA LAGI : [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki

tIKtOK

Kebanyakan peniaga kecil terpaksa gulung tikar disebabkan kemunculan platform e-dagang seperti TikTok Shop. —Gambar Hiasan

Menurut seorang pengguna media sosial, Trisyiacolletion Pyan, kebanyakan peniaga kecil terpaksa gulung tikar disebabkan kemunculan platform e-dagang seperti TikTok Shop.

"Penjaja kecil yang berniaga di pasar malam sudah ramai yang 'pupus' disebabkan barangan yang dijual tidak laku, nak dapatkan keuntungan jualan RM100 pun susah.

"Bukan itu sahaja, banyak juga 'tokey besar' yang terpaksa menutup perniagaan mereka disebabkan TikTok walaupun mereka sendiri menggunakan platform berkenaan. Ini kerana harga yang dijual terlalu murah," luahnya.

BACA LAGI : [VIDEO] Anak meraung lihat ibu hamil 9 bulan melambung kena langgar superbike terbabas hilang kawalan

A taxi stand at Jalan Tuanku Abdul Rahman near Chow Kit.

Pengguna memilih perkhidmatan e-hailing berbanding teksi kerana ia lebih mudah dan murah.

Dakwanya lagi, sekiranya perkara tersebut berlarutan akan menyebabkan masalah pada ekonomi negara.

"Ekonomi tidak akan bergerak disebabkan TikTok Shop. Sebagai contoh, peniaga pasar malam dapat memberi sumbangan kepada banyak pihak. Mereka bayar lesen dan duit sewaan tapak.

"Ini menjana kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tempat masing-masing. Selain itu peniaga pakaian yang datang akan membeli juadah yang dijual oleh peniaga pakaian.Kalau tiada kitaran seperti ini maka kuranglah jumlah jualan mereka," ujarnya.

BACA LAGI : [VIDEO] Lelaki mengamuk anak dan isteri cedera sampai berdarah tercampak dari ‘sotong ride’ di Taiping

Melihat kepada situasi ini tidak ubah seperti perkhidmatan selepas e-hailing beroperasi dalam negara.

Pengguna memilih perkhidmatan e-hailing kerana ia lebih mudah dan murah.

Tambahan pula, sama seperti TikTok Shop, pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai transaksi pembayaran tambang kerana tiada isu pemandu minta bayaran lebih atau pemandu sengaja memandu menggunakan laluan yang lebih jauh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram