DAKWAAN Kelantan bakal tenggelam semakin kuat lebih-lebih lagi apabila ramai mengaitkannya dengan situasi yang berlaku di Jakarta, Indonesia.
Sebelum ini, Jakarta dikatakan mengalami penurunan tanah dan keadaan paras air yang meningkat sekali gus memberi petanda negara itu bakal tenggelam menjelang 2050.
Namun, terbaharu, rakyat Malaysia pula dikecohkan dengan spekulasi sama selepas tularnya video memaparkan penduduk Kelantan menggali tanah untuk mendapatkan sumber air bersih.
BACA LAGI: Jakarta di hujung tanduk, keputusan pindah ibu negara tepat
digging for underground water is one of the reasons why Jakarta is sinking. Kelantanese ie either ignorant or in denial of this. https://t.co/vCLtC3UqyP
— Hadi H. (@hadiharhar) April 11, 2024
Susulan itu, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut dan menyatakan bahawa pemendapan tanah boleh berlaku seperti di Jakarta.
Menerusi ciapan Twitter (X) @hadiharhar, rakyat Kelantan bersikap sambil lewa terhadap perkara tersebut.
"Menggali air bawah tanah adalah salah satu punca Jakarta tenggelam. Orang Kelantan sama ada jahil atau mengabaikan perkara ini," tulisnya.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menafikan perkara tersebut sambil memetik kenyataan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada 2022.
"Jakarta tenggelam tak ada kaitan dengan Kelantan. Dah 2024 pun masih guna fitnah ni walaupun Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dah nafi benda ni," komen @amirullazharrr.
BACA LAGI: Tentera udara Israel mungkin buat persiapan serang balas Iran
Kenyataan yang dikeluarkan JMG pada 2022.
Dalam kenyataan itu, JMG mengesahkan tiada sebarang kejadian pemendapan tanah direkodkan berlaku di Kelantan yang dikaitkan dengan penggunaan sumber air bawah tanah.
Namun, pemantauan rekod tersebut dilakukan selama 15 tahun dari 2007 hingga 2022.
Manakala, belum ada kenyataan terbaharu daripada JMG berhubung perkara tersebut.
Bagaimanapun, masih ramai yang masih mempercayai bahawa situasi buruk akan terjadi sekiranya aktiviti menggali tanah tidak dihentikan.
"Ada possible juga tu kalau tak terkawal," respons @Nftn44bGuy.
"Makin banyak gali tanah untuk dapatkan air, tanah akan perlahan-lahan turun ke bawah dan bila sudah turun paras laut, lagi senanglah nak tenggelam kalau dekat kawasan laut. Banjir pun lagi senang," tulis @danielcx94. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram