BEKAS pemain Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha dikhabarkan akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat dan sekali gus tidak lagi bergelar sebagai pemain bola sepak profesional.
Keputusan yang dibuat oleh bekas penyerang negara itu pasti mengejutkan para penyokong kerana berdasarkan persembahannya bersama pasukan Liga M3, Harini FT walaupun sudah berusia 36 tahun.
Pada saingan musim 2023, Norshahrul mencuri perhatian dengan gol cantiknya ketika membantu pasukan Harini FT menang 3-1 ke atas pesaing mereka iaitu Melaka FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Tandukan cantik daripada bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan itu menarik perhatian kerana dikatakan persis gol penyerang legenda Manchester United, Robin Van Persie pada Piala Dunia 2014 ketika Belanda menentang Sepanyol.
BACA LAGI: Zamsaham mohon maaf, akui masalah kewangan punca gaji lambat masuk
BACA LAGI: Pemain sensasi tiba saat akhir, nama Matdon dijangka 'mendarat' di Darul Aman
Dengan skil yang masih berkualti itu, ramai penyokong bola sepak tanah air terkejut dengan khabar angin yang mengatakan Norshahrul ataupun Matyo akan menggantung but dalam masa terdekat ini.
Difahamkan, bekas bintang Kelantan FC berkenaan sudah menandatangani kontrak sebagai penolong jurulatih skuad Bawah-23 Tahun (B-23) sebuah pasukan di Lembah Klang menjelang musim baharu ini.
Perkembangan mengenai pemain kaki kidal berkenaan dikongsikan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Fina Nasrom menerusi laman X pada Isnin.
Sebagai rekod, Norshahrul yang mula mewakili Malaysia sejak 2007 sudah mengumpul 81 kaps antarabangsa selain berjaya menyumbat 14 jaringan gol sepanjang kariernya bersama Harimau Malaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram