Lepas lama tersisih, Ikhwan Yazek ada misi tersendiri bersama skuad Jang


  • Podium
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Ikhwan masih diangkat sebagai salah seorang permata baharu skuad TRW meskipun tersisih untuk jangka masa panjang. — Facebook/TRW Kelantan FC

KECEDERAAN medial collateral ligament (MCL) dialami pada awal musim lalu menyaksikan Ikhwan Yazek tersisih dengan hanya lima penampilan sempat direkodkannya.

Bagaimanapun, ia masih tidak menghalang orang ramai, khususnya penyokong Kelantan FC untuk mengangkatnya sebagai salah seorang bintang masa depan pasukan.

Tetapi, isu tunggakan gaji dialami kelab berkenaan mendesak hampir keseluruhan pemain, termasuk Ikhwan untuk meninggalkan kelab tersebut demi masa depan masing-masing.

Jadi, dalam meneruskan karier bola sepak, pemain berusia 23 tahun tersebut memilih untuk menyertai Negeri Sembilan FC yang sudah berwajah baharu.

BACA LAGI: 'Saya tak dapat pun', tonggak TRW hanya mampu gelak Zamsaham masukkan pendahuluan tunggakan gaji RM1,000

2021857

Ikhwan bertemu majikan Kelantan FC, Norizam Tukiman selepas mengalami kecederaan. Facebook/TRW Kelantan FC

Rombakan pihak pengurusan menyaksikan Faliq Firdaus dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan dengan pelbagai perubahan kini dibuat.

Percaturan itu pasti membuatkan kesemua pemain skuad Jang lebih yakin memasuki musim baharu meskipun hanya berada di tangga kesembilan dalam saingan Liga Super 2023.

Perasaan sebegitu turut dirasai Ikhwan yang cukup bersemangat untuk membantu pasukan itu selepas kembali daripada kecederaan serius dihadapinya.

"Sebelum saya cedera, saya ada terima banyak tawaran, cuma saya tidak boleh nak terima. Selepas saya menjalani pembedahan dan berehat lama, saya mula berfikir bahawa ia mungkin penamat saya bermain bola sepak.

BACA LAGI: Jangan ulangi kesilapan Terengganu, KDN FC tak perlu cabar TRW untuk jadi kelab 'terpaling' Kelantan

434673245_855399649934086_1350128897084546362_n

Ikhwan sudah beraksi dalam perlawanan persahabatan bersama skuad Jang. Facebook/Negeri Sembilan FC

"Ini kerana saya sudah berehat selama tujuh bulan. Jadi, saya mula bekerja dan Negeri Sembilan kemudian memberikan tawaran buat saya," katanya.

Sepanjang beraksi dalam Liga Super musim lalu, Ikhwan merekodkan satu bantuan jaringan ketika skuad The Red Warriors (TRW) meraih keputusan seri berdepan Kuala Lumpur City FC.

Kini, lembaran baharu sudah terbentang buatnya dengan dia mahu membantu Negeri Sembilan FC kembali berada di kemuncak bola sepak tanah air.

"Saya berbincang dengan keluarga saya untuk meminta restu dan mereka izinkan, jadi saya teruskan bermain untuk musim ini.

"Alhamdulillah, kecederaan saya juga sudah pulih sepenuhnya sejak Julai tahun lalu dan sekarang saya sedang mencari keyakinan untuk kembali beraksi," katanya. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram