Tentera udara Israel sudah bersedia, mungkin lancar serang balas Iran


  • Benua
  • Selasa, 16 Apr 2024

Tentera Udara Israel dilaporkan berkemungkinan melancarkan serangan balas terhadap Iran. — Agensi

TENTERA Udara Israel dilaporkan sudah bersedia, berkemungkinan untuk melancarkan serangan balas terhadap Iran selepas Pangkalan Udara Navatim milik rejim Zionis itu diserang Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Ahad lalu.

Agensi media Israel, KAN melaporkan bahawa Tel Aviv juga sedang merancang 'tindak balas terhad' bagi mengelakkan perang habis-habisan antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, Israel juga berusaha untuk mengekalkan Semenanjung Gaza sebagai medan perang utama dan tidak mahu menjadikan wilayah Palestin itu sebagai medan perang yang kedua dengan mengalihkan tumpuan ke Iran.

BACA LAGI: Pangkalan udara Israel jadi sasaran peluru berpandu Iran

2642067

Pangkalan Udara Navatim menjadi sasaran serangan peluru berpandu balistik yang dilepaskan IRGC pada Ahad. — Agensi

BACA LAGI: Serangan Iran terhadap Israel adalah tindakan sah — PM Anwar

Tindak balas Israel mencetuskan peperangan di Iran atau berlakunya serangan siber berskala besar.

Israel juga dilaporkan sudah berjanji untuk memaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS) sebelum melancarkan sebarang serangan terhadap Iran.

Pada Isnin, Ketua Staf Tentera Israel, Herzi Halevi, dilaporkan berkata, Israel akan bertindak balas terhadap serangan Iran pada hujung minggu ini.

Terdahulu, Iran melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke atas Israel pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan 1 April ke atas Konsulat Iran di Damsyik, Syria, di mana sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk tujuh penasihat tentera.

Lebih 200 dron dan peluru berpandu dilancarkan di wilayah Israel dan beberapa misil berjaya merosakkan aset tentera Israel. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram