MASALAH tahap kualiti jalan yang tidak memuaskan bukan sesuatu yang baharu di dalam negara.
Malah, perkara tersebut seakan-akan sudah menjadi sebahagian daripada kebiasaan yang dihadapi oleh pengguna jalan raya di Malaysia.
Dalam pada itu, isu berkenaan turut lazimnya akan kembali hangat termasuk ketika musim perayaan seperti sambutan Aidilfitri.
Ini kerana setiap kali menjelang hari raya, jutaan rakyat Malaysia akan berada di jalan raya sama ada untuk pulang ke kampung atau mengunjungi saudara-mara.
Ketika kesibukan perayaan Aidilfitri, tular mengenai keadaan jalan yang teruk di Jambatan bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat (FT012) yang terletak di Pekan, Pahang
Menerusi perkongsian dibuat pengulas automotif negara, Hezeri Samsuri, dia berkata, jambatan sementara di Lebuhraya Tun Razak tersebut dilihat mendap ketika ramai pengguna melalui laluan berkenaan ketika musim perayaan.
Malah katanya, difahamkan banyak kenderaan mengalami kerosakan di bahagian 'bumper' kereta masing-masing semasa melalui kemudahan itu.
BACA LAGI: 'Sampai mati saya tak lupakan dia', nenek reda 8 tahun cucu hilang tanpa khabar berita
Janbatan Bailey sementara di laluan Lebuhraya Tun Razak Kuantan-Segamat ni mendap.
Banyak bumper kereta tercabut katanya.
Jem tak payah la cerita dan satu kelibat manusia dari kontraktor sampai ke agensi berkaitan pun tak ada.
Cuti betul ya Pahang.
Laluan ni memang... pic.twitter.com/Ov70aiM7f5
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) April 12, 2024
BACA LAGI: 'Pengangkutan awam masih kurang memuaskan tapi dah nak fokus kereta EV'
Lebih mengecewakan, Hezeri berkata, di sebalik keadaan jalan yang teruk itu, tiada seorang pun kontraktor atau agensi bertanggungjawab didakwa berada di lokasi untuk memantau situasi.
"Jalan sesak tu tak payah la cerita dan satu kelibat manusia dari kontraktor sampai ke agensi berkaitan pun tak ada. Cuti betul ya Pahang. Laluan ni memang mengecewakan aku dah lama.
"Jika sepanjang laluan ini dinaik taraf, banyak kawasan ekonomi baru boleh diteroka. Tapi Pahang ni, kalau jumpa agensi-agensi dia, cara nak dapat duit satu sahaja yang dia nampak iaitu balak.
"Nasib baik Pekan dah mula ketatkan bab lesen balak," katanya menerusi ciapan di X yang turut memuat naik video mengenai keadaan semasa terpaksa dihadapi pengguna di jambatan sementara berkenaan pada Jumaat.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman buruk mereka menggunakan kemudahan tersebut pada waktu ini.
"Tengah sangkut sini bang. Sejak pukul 6 petang tadi. Sesak yang tak bergerak. Menyusahkan orang, waktu raya pula tu. Rasa nak mencarut yang tiada kata putus dah ni," tulis EryNazrii.
"Baru lalu tadi. Dua jam sangkut dekat jambatan bailey tu. Negeri lain ketuk baru buat kerja. Pahang ni ketuk pun tak jalan. Masuk TV baru kecoh, lepas tu sunyi balik," ujar nonsnonsnons.
"Kemalangan pun dah banyak dekat sini. Tapi tak tahu la pihak berwajib tengah tunggu apa lagi," kata azriey6565.
"Kalau dari Johor atau Negeri Sembilan nak tahu masuk Pahang atau tak, caranya adalah jalan mesti barai. Kalau macam zaman sebelum merdeka tu confirm dah masuk pahang. ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) atau majlis daerah ni macam tak berguna sahaja dia wujud," kata apikovic.
Jambatan sementara yang mula digunakan sekitar Januari lalu itu dibina selepas kejadian jalan mendap yang berlaku susulan hujan berterusan di kawasan berkenaan.
Hujan lebat mengakibatkan limpahan air sungai dan arus deras di bawah jalan menghakis permukaan tebing serta lapisan laluan berkenaan.
Laluan terbabit menghubungkan pengguna Lebuhraya Tun Razak itu untuk ke Muadzam Shah dan Pekan, Pahang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram