[VIDEO] Kenderaan lebih muatan punca jalan rosak — Ahmad Maslan


  • Primer
  • Isnin, 11 Mac 2024

AHMAD berkata, kementeriannya sentiasa berhubung dengan JPJ bagi menangani isu jalan rosak berpunca daripada kenderaan terlebih muatan.

KEBERADAAN kenderaan terlebih muatan di atas jalan raya merupakan satu daripada tiga punca menyebabkan kerosakan jalan di dalam negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menangani isu tersebut.

Katanya, dua lagi punca utama kerosakan jalan adalah cuaca yang sukar dielakkan dan kualiti jalan itu sendiri.

BACA LAGI: Ibu bapa terasa kenaikan belanja persediaan sekolah

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, untuk mengatasi masalah berkenaan, orang ramai boleh menggunakan aplikasi MY Jalan yang dibangunkan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk membuat aduan jalan rosak.

"Kita telah berkempen supaya rakyat gunakan aplikasi ini yang boleh secara terus menyalurkan maklumat jalan rosak kepada pihak kementerian.

BACA LAGI: Kurang sebulan tarikh tamat pendaftaran, ada lagi langsung tak tahu pasal PADU

Potholes is seen in middle of the Jalan Puchong. story is on pothole problem can never end - potholes seldom get repaired, constantly appear and newly covered potholes to appear again.(December 29,2020). — AZHAR MAHFOF/The Star

Kenderaan terlebih muatan di atas jalan raya merupakan satu daripada tiga punca menyebabkan kerosakan jalan di dalam negara. — Gambar hiasan

"Kita ada war room untuk menjaga dan memantau (aduan dibuat di aplikasi MY Jalan)," katanya ketika berucap di Dewan Rakyat pada Isnin.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, pemantauan di bawah kementeriannya itu hanya melibatkan kira-kira 21 peratus daripada keseluruhan jalan di Malaysia. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram