SELEPAS beberapa hari peristiwa runtuhan jambatan di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat berlaku pula kejadian baharu melibatkan sebuah tongkang di Sungai Arkansas, Oklahama pada Sabtu.
Tongkang tersebut dilaporkan melanggar tembok jambatan di sungai tersebut sehingga mengakibatkan beberapa kerosakan sekali gus menjejaskan laluan trafik.
Pihak polis juga terpaksa menutup South U.S Highway 59 selepas kejadian itu dimaklumkan.
Tongkang yang rosak selepas pelanggaran itu.
Menurut Jurucakap Peronda Negeri, Sarah Stewart, pihaknya dengan pantas menutup laluan keluar masuk di lokasi kejadian.
"Jambatan yang merentasi Sungai Arkansas di mana ia memasuki Empangan Robert S. Kerr, akan kekal ditutup sehingga ia selesai diperiksa.
"Tiada laporan kecederaan di lebuh raya atau tongkang, malah punca pelanggaran juga masih belum diketahui," katanya.
Namun, kira-kira sejam kemudian, Jabatan Pengangkutan Oklahoma mengumumkan bahawa, jambatan itu telah dibuka semula selepas ia diperiksa sepenuhnya.
BACA LAGI: Media antarabangsa dakwa 'perisik' Israel dalam misi bunuh ketua geng seteru di Malaysia
Jambatan di Baltimore yang runtuh beberapa hari sebelum kejadian.
Katanya, kerosakan sudah diteliti dan jambatan itu selamat untuk digunakan oleh pengguna jalan raya.
"AS-59 kini dibuka di Sungai Arkansas, selatan Sallisaw berhampiran laluan Sequoyah atau LeFlore County selepas pelanggaran itu.
"Jurutera memeriksa struktur itu dan mendapati ia selamat untuk dibuka semula," katanya.
Walaupun punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan, pihak berkuasa mengesyaki kegagalan mekanikal menjadi faktor utama dengan beberapa rakaman ketika kejadian menunjukkan lampu kapal menyala dan mati beberapa kali sebelum insiden berlaku.
Difahamkan, lebih 4,600 unit kargo berada di atas kapal itu, dengan 56 daripadanya mengandungi bahan berbahaya.
Data itu didedahkan pada sidang akhbar pada hari Rabu, yang mana Ketua NTSB Jennifer Homendy mengesahkan kesemua 23 anak kapal termasuk dua juruterbang sementara yang mengemudi kapal keluar dari pelabuhan dengan selamat.
Dalam pada itu, insiden tersebut berlaku selang beberapa hari selepas sebuah kapal kontena melanggar dan memusnahkan Francis Scott Key Bridge (Jambatan Baltimore) sekali gus mengorbankan seramai enam mangsa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram