MENGGUNAKAN kod QR bank sebagai alternatif baharu untuk menerima duit raya sudah mula menjadi trend masyarakat Malaysia khususnya yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sudah menjadi lumrah musim perayaan orang akan memberi duit raya kepada keluarga dan sanak saudara bagi memeriahkan suasana.
Namun jika diperhatikan, semakin ramai individu yang mula berkongsi kod QR mereka di media sosial dengan harapan orang luar akan memberi duit raya.
Bagaimanapun pengendali akaun X (Twitter), Tweet Islamik pada Rabu berkongsi satu hantaran dibuat seorang individu yang mengulas mengenai perbuatan tersebut.
Individu itu menyifatkan, tindakan segelintir manusia yang berkongsi paparan kod di media sosial dengan tujuan untuk serta wang meskipun tidak tergolong dalam kalangan orang susah adalah salah di sisi agama Islam.
"Budaya menyebarkan kod QR sendiri dengan harapan agar dapat duit raya daripada orang lain perlu dihentikan kerana meminta-minta dilarang di sisi ajaran Islam.
"Lebih-lebih lagi sekiranya yang meminta itu adalah mereka yang mampu," katanya.
BACA LAGI : Scammer umrah tajaan 'Datuk' kembali aktif buru mangsa
Tangkap layar memaparkan perkongsian seorang individu mengenai trend menyebarkan kod QR di media sosial.
Individu berkenaan turut berkongsi pesanan Rasulullah SAW yang boleh dikaitkan dengan trend tersebut.
"Lebih-lebih lagi sekiranya yang meminta itu adalah mereka yang mampu," katanya.
Individu berkenaan turut berkongsi pesanan Rasulullah SAW yang boleh dikaitkan dengan trend tersebut.
"Pesan Nabi Muhammad SAW, seseorang yang selalu meminta-minta kepada orang lain, pada hari kiamat dia akan menghadap ALLAH SWT dalam keadaan yang tidak ada secebis daging pun di wajahnya.
"Dalam riwayat lain, disebutkan barang siapa yang meminta-minta dalam keadaan dia tidak memerlukannya, maka dia seakan-akan memakan bara api," ujarnya.
BACA LAGI : [VIDEO] Tiga Pakistan maut dirempuh ketika ke masjid bersolat raya di Teluk Intan, pemandu positif ganja
Pandangan tersebut turut disokong segelintir warga maya menerusi ruangan komen.
"Bab ini (sebenarnya) ia melibatkan maruah. Maaf cakaplah, kau dah peringkat mak, bapa budak pun kau tak tahu malu kongsi merata-rata kod QR pasal nak duit raya, auto kau dah tidak layak dihormati.
"Kalau kau jaga martabat dan maruah, ALLAH SWT akan murahkan rezeki kau tanpa meminta-minta pun," ujar @remajapurbaaaa.
Sementara itu, @MrsArsene96 menganggap, tindakan itu mendatangkan rasa kurang senang buat mereka yang melihatnya, lebih-lebih lagi jika ia dimuat naik setiap hari.
"Kalau sekali dua tidak mengapalah, aku abaikan saja. Tapi kalau dah setiap hari dia kongsikan QR dan tulis kapsyen 'sedekah amalan mulia', mood aku terus hancur.
"Maaf cakap, tapi trend ini mencerminkan tahap maruah kau sendiri," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram