Sakit perut lepas makan 'scramble eggs' rupanya sebab ada 'bangkai' dalam tin susu sejat


  • Massa
  • Ahad, 07 Apr 2024

Kotoran dipercayai bangkai haiwan yang ditemui di dalam tin susu sejat baru-baru ini. — Twitter

SEORANG wanita terkejut apabila melihat kotoran seakan-akan bangkai di dalam tin susu sejat dalam kejadian ketika dia berbuka puasa baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Twitter (X) @stvik, perkara itu disedari ketika mahu membersihkan tin tersebut untuk proses kitar semula.

Menurut wanita tersebut, keluarganya memang menyimpan susu sejat sebagai bahan memasak sepanjang Ramadan.

BACA LAGI: Vern's mohon maaf, akui logo kasut tak sempurna, tiada niat niat perlekeh hina kalimah ALLAH

photo_6096087588952718623_y

Kotoran dipercayai bangkai yang ditemukan di dalam tin susu. — Twitter

Katanya, tin susu yang digunakan itu hanya ditebuk dua lubang dan disimpan di dalam peti sejuk.

"Beli susu cair tu untuk bekalan Ramadan. Biasanya kami tebuk dua lubang saja senang nak tuang nanti. Lepas habis guna terus simpan dalam peti sejuk.

"Hari Jumaat, kakak saya masak scramble eggs tambah susu cair. Tapi masa tu susu cair tinggal sikit dan sebab ada benda keras di bawah, jadi dia buat keputusan nak letak di sinki.

"Hari Ahad, baru rajin nak kitar semula barang dan bersihkan tin. Masa goncang air di dalam tin, ada cecair keruh keluar," tulisnya.

BACA LAGI: Jakim akan panggil pihak terlibat isu kalimah ALLAH di tapak kasut pada Isnin — Na'im

photo_6096087588952718624_y

Tarikh luput tin susu yang masih lama. — Twitter

Pada masa sama, kakaknya terus membuka tin tersebut sebelum penemuan aneh itu.

Lebih parah apabila menyedari ia punca kepada sakit perut yang dialami mereka sekeluarga selepas makan hidangan telur berkenaan.

"Keluarga saya selalu singgah tandas walaupun tin itu baru buka lagi. Tapi tak pernah sangka susu sejat tu puncanya, bukan telur," dakwanya.

Sementara itu, rata-rata warga maya lain turut meluahkan rasa berang dan meminta agar syarikat pengeluar tin tersebut tampil memberi penjelasan.

Ada juga yang memberi cadangan kepada wanita itu untuk membawa tin itu ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

"Jangan buang tin tu, pergi KKM cakap awak sakit perut sebab makan telur yang campur susu sejat. Tak silap KKM akan ambil sampel dan periksa sebelum tindakan seterusnya," komen @ashaladin_. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram