KENAIKAN harga barangan asas di Indonesia menyebabkan rakyatnya sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan beras, gula dan makanan ruji lain menjelang Ramadan yang dijangka mula disambut pada 12 Mac ini.
Skala penuaian padi yang berkurangan menyebabkan harga beras terus meningkat, seterusnya mendorong kerajaan mengimport makanan ruji itu bagi memastikan bekalan mencukupi pada bulan puasa.
Bagaimanapun orang ramai tetap beratur di pasar tradisional dan bazar makanan yang disubsidi kerajaan dek kerana mahu menjimatkan wang.
Menurut seorang peniaga, harga beras premium ketika ini mencecah paras tertinggi iaitu sebanyak 18,000 rupiah (RM5.43) sekilogram pada akhir Februari.
Di Jakarta, kebanyakan penduduk wanita beratur di pejabat kerajaan yang juga digunakan sebagai pusat pengedaran bekalan makanan oleh agensi logistik negara Bulog dan Kementerian Pertanian, yang mana makanan ruji dijual di bawah harga pasaran.
Sekampit beras lima kilogram (kg) dijual pada harga 59,500 rupiah (RM17.94) atau 11,900 rupiah (RM3.59) sekilogram di pusat-pusat ini, manakala di pasar tradisional harganya sekitar 14,000 rupiah (RM4.22) sekilogram pada 7 Mac.
Seliter minyak masak berharga 14,000 rupiah, sekitar 14 peratus lebih murah berbanding di pasar tradisional.
Namun penduduk hanya dihadkan pembelian satu beg beras, 1 liter minyak masak dan 1kg gula. Di sesetengah pasar raya, pembeli terhad kepada satu pek beras 2.5 kg.
Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia, dan harga makanan biasanya meningkat ketika bulan puasa apabila penggunaan memuncak.
Harga beras premium ketika ini mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 18,000 rupiah (RM5.43) sekilogram pada akhir Februari.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL
Tetapi keadaan menjadi lebih sukar pada 2024 disebabkan skala penuaian padi yang lebih kecil akibat fenomena El Nino, menyebabkan taburan hujan tidak sekata di seluruh kepulauan dengan beberapa kawasan mengalami kegagalan menuai akibat banjir.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan, Isy Karim memaklumkan orang ramai tidak perlu membuat pembelian panik kerana stok makanan adalah mencukupi.
“Bekalan komoditi makanan mencukupi, rakyat tidak perlu risau tentang beras,” katanya menerusi satu program bual bicara pada 4 Mac lalu.
Selain beras, kerajaan juga mengimport barangan makanan utama lain seperti bawang putih, kacang soya, gula dan daging lembu.
Bulog telah membeli 300,000 tan beras dari Thailand dan Pakistan, sebahagian daripada kuota import dua juta tan untuk 2024.
Sementara itu, The Straits Times baru-baru ini dilaporkan melawat tiga kawasan di Jakarta yang menjual makanan ruji bersubsidi.
Kekecohan turut berlaku di salah satu lokasi agihan makanan tersebut ekoran daripada kaedah agihan kupon disediakan bagi pembelian.
Suri rumah Murti, 51, beras adalah keutamaan untuk mereka sekeluarga terutamanya pada bulan Ramadan ini.
Ibu tiga anak itu mengakui agak sukar untuk memenuhi keperluan makanan harian keluarganya dengan peningkatan harga ini.
"Apatah lagi untuk mendapatkan pakaian baharu, jauh sekali," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram