Pengalaman penuh tradisi berbuka di Kampunglicious Returns bersama Hotel Palm Garden Putrajaya


  • Bizz
  • Ahad, 03 Mac 2024

Untuk pengalaman berbuka puasa kali ini, pengunjung disajikan dengan kira-kira 80 hidangan tradisi menerusi lebih sembilan gerai yang didirikan di sekitar dewan.

BERSEMPENA Ramadan pada tahun ini, Hotel Palm Garden Putrajaya kembali dengan sajian bufet khasnya yang terkenal dalam menonjolkan citarasa tradisi makanan kampung.

Dikenali kini dengan 'Kampunglicious Returns', pengunjung akan terus disambut dengan pelbagai aroma masakan yang cukup menyelerakan sebaik berada di dewan berbuka.

Lebih mengujakan pastinya adalah suasana kampung yang cuba dibawa oleh Hotel Palm Garden Putrajaya selari dengan temanya melalui hiasan dalamannya.

Tidak cukup dengan itu, pengalaman berbuka kali ini turut diserikan dengan alunan muzik tradisional yang dimainkan secara langsung oleh kumpulan Mahligai Ghazal ketika anda menikmati juadah.

photo1709209406 (1)

Antara sajian kuih tradisional yang disediakan pada bufet 'Kampunglicious Returns'.

Untuk pengalaman berbuka puasa kali ini, pengunjung disajikan dengan kira-kira 80 hidangan tradisi menerusi lebih sembilan gerai yang didirikan di sekitar dewan.

Lebih menarik, pemilihan juadah dalam bufet Kampunglicious turut meliputi kepelbagaian citarasa yang tumbuh dan wujud di Malaysia.

Antara menarik perhatian adalah sajian pelbagai jenis ikan bakar, juadah Goreng-Goreng seperti ayam pandan goreng wangi, ayam pedal, telur ikan dan ketam.

Di Gerai Mamak, pengunjung akan disajikan dengan aneka roti popular kesukaan rakyat Malaysia seperti roti canai, roti bom, roti telur, murtabak mini dan pasembor.

photo1709209406 (2)

Juadah kambing yang dipanggang sempurna bersama rempah dan herba.

Dalam pada itu, hidangan bernuansakan Timur Tengah turut menjadi tawaran utama kepada pengunjung dengan kambing dipanggang sempurna bersama rempah dan herba.

Juadah ini boleh dinikmati bersama sos perasa yang beraneka seperti baba ganoush, hummus, yogurt dan pudina.

Untuk melengkapkan lagi kepelbagaian sajian berasaskan daging yang ditawarkan, Kampunglicious Buffet tidak lupa untuk menghadirkan hidangan sate yang dibakar langsung di lokasi.

Di bahagian manisan pula, aneka juadah disajikan meliputi hidangan tradisi seperti bubur pulut durian, pengat pisang bubur sehingga ke menu terkini iaitu aiskrim potong dan ais kacang.

Selain gerai utama, terdapat juga set hidangan sampingan disediakan di gerai Kanak-kanak, gerai Jus dan kaunter pencuci mulut serta kurma.

Tidak cukup dengan hidangan menu utama tersebut, Bufet KampungLicious turut menampilkan hidangan tradisi istimewa seperti tenggiri assam pedas; udang 'kam heong'; lemak putih pucuk manis bersama labu; daging kandar dan kerang buluh tumis bersama kacang soya hitam diperam dengan cili padi.

Selain itu, sajian khas lain merangkumi kambing varuval, udang goreng pes tom yam dan daging dendeng.

photo1709209406 (3)

Antara gerai yang diwujudkan di sekitar dewan berbuka 'Kampunglicious Returns''.

Bagi mereka yang mahu membuat tempahan awal, anda boleh melakukannya bermula sekarang hingga 12 Mac depan pada harga RM138 bagi seorang dewasa dan RM69 seorang kanak-kanak.

Tempahan harga biasa boleh dilakukan bermula pada 12 Mac hingga 9 April dengan harga RM178 seorang dewasa dan RM89 seorang kanak-kanak.

Sementara itu, bagi yang mahu mengadakan majlis berbuka puasa istimewa secara berkumpulan dengan minimum kehadiran 100 orang, anda boleh menempahnya dengan pada harga RM188 seorang.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh mengajukannya di talian 603 89432233 atau e-mel ke [email protected]. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram