Jakim akan panggil pihak terlibat isu kalimah ALLAH di tapak kasut pada Isnin — Na'im


  • Primer
  • Ahad, 07 Apr 2024

Tular dakwaan logo kasut yang mirip kalimah ALLAH di sebuah premis di Kuantan, Pahang sejak Ahad.

SEMUA pihak yang terlibat dalam kontroversi terbaharu berhubung isu logo kasut yang dikatakan mirip kalimah ALLAH telah dimaklumkan untuk memberi penjelasan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beliau mengarahkan Jakim meneliti dakwaan mengatakan kalimah yang diletakkan pada tapak kasut.

"Saya telah mengarahkan Jakim untuk memanggil pihak berkenaan pada Isnin ini untuk memberikan penjelasan lanjut.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan boleh memajukannya kepada pihak berkuasa termasuk polis," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

BACA LAGI: Kalimah ALLAH samar-samar, usah berlebih-lebih tafsir sebagai penghinaan

2632803

Tulisan mirip kalimah ALLAH di tapak kasut yang menimbulkan kemarahan ramai.

BACA LAGI: 'Dah jadi trend ke?' suami isteri terkejut kalimah ALLAH tertera pada tapak kasut jenama lokal

Beliau turut menggesa orang ramai agar bertenang dan membenarkan Jakim dan pihak berkuasa menyiasat isu tersebut.

"Jabatan Perdana Menteri tidak akan berkompromi dengan sesiapa sekiranya mereka jelas menghina Islam," katanya.

Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang lelaki mendakwa terkejut selepas mendapati tapak kasut milik isterinya yang dibeli pada Sabtu lalu didakwa mempunyai kalimah ALLAH.

Difahamkan, kasut berharga RM100 itu dibeli di rangkaian butik jenama berkenaan yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram