KEGIRANGAN seorang wanita untuk berbuka puasa dengan air soya yang dibelinya di bazar Ramadan di Kelantan hilang selepas minuman itu didapati seperti sudah rosak.
Menerusi video dikongsikan di Facebook Rose Wahida pada Selasa, air soya tersebut dilihat seakan-akan adunan doh tepung.
"Ni orang panggil kena getah. Buka plastik nak minum air soya, tengok-tengok macam tepung cekodok malas.
"Dia ni jangan sampai aku buka meja tepi jual soya. Dah panas dan dahaga nak buka puasa, dia bagi tepung terus," katanya.
BACA LAGI: Cikgu mengamuk sebelum berbuka puasa, mak ayah sibuk tanya pasal kerja sekolah anak
BACA LAGI: Jetama berjaya kutip 12.1 tan sisa sampah, bersihkan dasar laut di 3 pulau Sabah
Tekstur air soya tersebut juga kelihatan likat sehingga membuatkan seleranya terbantut.
Lokasi kedai yang menjual minuman itu tidak didedahkannya.
Namun, menurutnya air soya itu masih belum rosak dan tidak berbau masam.
"Air tak basi dan tak bau masam lagi cuma pekat macam tepung je," jelasnya.
Rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang terhibur dengan perkara itu.
"Soya apa macam itu, mu (awak) beli di mana? Boleh gentel-gentel goreng buat cekodok dah rasanya," komen Mark Wey.
Ada juga yang memberi respons lucu dengan menyamakan air soya berkenaan seolah-olah hasil torehan pokok getah atau getah skrap.
"Pok getah (getah skrap ni). Awak salah beli ni," seloroh Sara Mat Noor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram