SEORANG lelaki lemas selepas dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan bapanya yang tergelincir ke dalam sungai di Jalan Klang Lama berhampiran kondominium Avant Court, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mangsa, 21, bagaimanapun disahkan maut selepas mayatnya ditemui pasukan penyelamat pukul 12.59 tengah hari.
BACA LAGI: MCMC rakam keterangan 4 individu sebar kandungan palsu penganjuran majlis tilawah al-Quran
Proses membawa naik mayat mangsa yang ditemukan di sungai tersebut. — Bomba Bukit Jalil
BACA LAGI: Rebut 'pahala' masa Ramadan, Boss James dipuji sedekah barang sekolah di Klang
Komander Operasi, Mohamad Iqbal Zakaria berkata, seramai pasukan 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dengan bantuan Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan pukul 11 pagi Jumaat.
"Kerja pencarian dilakukan unit PPDA dengan jarak tebing ke tengah sungai sejauh enam meter dan kedalaman sungai satu hingga tiga meter.
"Pencarian membabitkan radius 10x6 meter persegi dengan menggunakan kaedah selaman.
"Mangsa kemudian dijumpai pukul 12.59 tengah hari sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram