Bekas 'mastermind' TFC pilih Akhyar berbanding Safawi, percaya Sang Penyu ada sasaran domestik


  • Podium
  • Ahad, 31 Mac 2024

Akhyar (dua dari kiri) dan Safawi (dua dari kanan) bakal memainkan peranan penting buat skuad Sang Penyu musim depan. — Facebook/Terengganu FC

MENJELANG musim baharu yang akan bermula tidak lama lagi, persiapan terus dibuat kelab Liga Super yang sudah meletakkan sasaran tinggi berbanding tahun lalu.

Salah sebuah pasukan yang terus giat melakukannya ialah Terengganu FC selepas mengalami satu musim mengecewakan di pentas domestik pada 2023.

Meskipun menunjukkan prestasi cemerlang dalam Piala FA dan Piala Malaysia, mereka masih bergelut dalam saingan Liga Super apabila hanya berada di tangga keenam.

Jadi, dalam misi mengubah nasib itu, skuad Sang Penyu melakukan pelbagai persiapan dengan membawa masuk nama-nama baharu.

Selain itu, kelab Pantai Timur berkenaan mengadakan aksi pramusim berdepan pasukan tempatan untuk memberi tahap kecergasan kepada pemain.

BACA LAGI: 'One to watch', Faiz Nasir, 'Hulk JDT' antara 3 pemain bersinar aksi pramusim Liga M

2579872

Akhyar diharapkan mampu membawa skuad Sang Penyu ke tahap lebih tinggi musim depan. Facebook/Terengganu FC

Persiapan tersebut pasti akan membuatkan rata-rata penyokong meletakkan harapan tinggi terhadap Terengganu FC untuk menamatkan musim depan di kedudukan lebih baik.

Pandangan berkenaan turut dikongsikan bekas pengendali T-Team, Che Ku Marzuki yang melihat pasukan itu boleh memberi saingan hebat selepas ini.

"Persediaan awal latihan daripada pandangan saya, Terengganu FC memang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu trofi antara Piala FA atau Piala Malaysia.

"Sebagaimana kita sedia maklum, mereka adalah pasukan berdisiplin daripada pegawai sehingga penyokong yang mana mereka sentiasa bekerjasama," katanya kepada Majoriti.

Che Ku sebelum ini pernah beberapa kali terlibat dengan Terengganu FC sebagai jurulatih akar umbi selain pernah bergelar pengarah teknikal pasukan.

BACA LAGI: Pernah korek tong sampah cari tiket 'flight', Azmeer Yusof dedah pengalaman buruk dibuli pemain senior

TERENGGANU HARAPKAN SENTUHAN AJAIB CHE KU MARZUKI

Che Ku terlibat dengan Terengganu FC dan T-Team beberapa kali sepanjang kariernya. Majoriti

Kini, dia masih bergiat aktif dalam arena bola sepak tanah air bersama kelab amatur, Real Chukai FC selepas meninggalkan Kerteh FC sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, dia turut berasakan pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid mampu menjadi bintang utama pasukan berbanding anak jati Terengganu, Safawi Rasid

"Kedua-dua pemain ini sama penting sekiranya pihak kejurulatihan dapat meletakkan mereka dalam posisi terbaik. Kalau ikutkan, Akhyar lebih menyerlah kerana beraksi lebih kerap dalam Piala Asia yang lalu," katanya.

Skuad Sang Penyu mengambil keputusan mendapatkan dua pemain tersebut untuk memperkuatkan barisan serangan di samping beberapa wajah baharu.

Kemasukan masing-masing dijangka akan membantu penyerang, Ivan Mamut dan Ismahil Akinade dalam menggegarakan gawang lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram