Nak jadi pemain bola sepak, mental kena kuat — Safee Sali


  • Podium
  • Jumaat, 05 Apr 2024

Safee berasakan perlunya pemain bola sepak mempunyai kekuatan mental yang tinggi. — PFA Malaysia

LEGENDA bola sepak kebangsaan, Safee Sali menganggap kekuatan mental adalah satu perkara penting yang perlu dimiliki oleh seorang pemain.

Bekas penyerang itu mengatakan ia adalah perkara asas yang perlu ada dalam seorang pemain untuk memastikan mereka mampu menjadi bintang handalan.

Safee mengulas mengenai pendedahan yang dikeluarkan oleh bekas pemain Kedah Darul Aman FC iaitu Azmeer Yusof berkenaan pengalamannya dibuli.

"Kita sendiri kena kuat kalau ingin menjadi seorang pemain bola sepak," ujar Safee memetik laporan Semuanya BOLA.

BACA LAGI: Pernah korek tong sampah cari tiket 'flight', Azmeer Yusof dedah pengalaman buruk dibuli pemain senior

553 (6)

Azmeer mendedahkan bentuk pembulian diterimanya ketika menjadi pemain junior. — Agensi

BACA LAGI: Lepas legenda Kedah, Khalid Jamlus pula buka kisah jadi 'mangsa buli' di Perak

Dalam masa yang sama, Safee mengatakan apa yang dihadapi oleh Azmeer itu adalah lumrah sebagai pemain bola sepak.

Sebelum ini, Azmeer mendedahkan yang dipernah disuruh untuk menguruskan bagasi para pemain senior ketika di lapangan terbang serta perlu mencuci jersi dan kasut mereka.

Kata Safee, dia tidak menganggap segala perbuatan tersebut sebagai buli. Sebaliknya, ia adalah cara untuk membina rasa hormat dalam kalangan pemain junior terhadap pemain senior dalam pasukan.

Bekas penyerang Harimau Malaya itu berkata,ia perkara normal yang sudah berlaku dari dulu lagi dalam kancah bola sepak tempatan.

"Bagi saya itu bukan kes buli, kerana daripada zaman dulu saya dah pernah mengalaminya. Bukan masalah sebenarnya cuma itu terma kepada sikap menghormati (antara pemain jumior kepada senior).

"Ia dianggap sebagai pembinaan kepada sikap hormat dalam pasukan terutama kepada orang yang lebih tua. Bukan buli pada pandangan saya. Ia normal kalau setakat suruh basuh kasut dan stoking. Itu normal," ulas Safee.

Pendedahan Azmeer itu mendapat perhatian ramai baik dalam kalangan penyokong atau bekas pemain. Malah, legenda Perak, Khalid Jamlus turut memberikan pendapatnya mengenai perkara tersebut.

Menurut Khalid, dia tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu bentuk buli tetapi ia lebih kepada gurauan kasar pemain senior terhadap pemain junior. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram