TINDAKAN tegas yang dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap peniaga dianggap wajar selepas melihat barang jualan dibiarkan dalam keadaan kotor.
Menerusi video dimuat naik di Facebook Amirol Azery pada Selasa, beberapa perkakas jualan seperti balang air ditinggalkan dalam keadaan tidak bersih di kawasan terdedah dengan kotoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.
Kelihatan juga beberapa orang peniaga yang tidak mengikut prosedur sesuai ketika membersihkan perkakas di kawasan itu.
BACA LAGI: Banyak bangunan runtuh, gempa bumi terkuat dalam tempoh 25 tahun melanda Taiwan
Melihat situasi tersebut, Amirol tidak menolak jika tindakan undang-undang dilakukan terhadap mereka kerana ia berkemungkinan boleh memudaratkan kesihatan pelanggan.
"Anda nilailah sendiri, penatlah hari-hari DBKL kena kecam dengan netizen. Ada sebab kadang-kadang tindakan penguatkusaan dilakukan pada mereka, tapi netizen tetap salahkan pihak DBKL.
"Untuk netizen yang membantah abang sarankan semua minum segelas air mereka," tulisnya.
Video yang meraih perhatian ramai itu juga mengundang pelbagai reaksi sehingga ada andaian mengatakan bahawa tindakan peniaga terbabit kerana tidak sabar mahu menyambut raya.
"Dah tak sabar nak beraya ke? Mood raya dah on ke? Macam dah tak nak berniaga pula main tinggal barang macam tu," komen Haswani Jab.
Namun, ada pula yang mempersoalkan sama ada peniaga tersebut warganegara atau tidak.
"Biasanya yang buat macam ni bukan warganegara. Kalau orang tempatan memang taubat nak beli," tulis Sulaiman Jakfar.
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak DBKL berhubung dakwaan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram