[VIDEO] Lelaki laung azan lihat bumbung rumah, masjid dan khemah peniaga bazar terbang angkara ribut di Puchong


  • Tular
  • Ahad, 31 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan serpihan bumbung yang berterbangan ketika kejadian di Puchong, Selangor pada Sabtu.

PENDUDUK berdepan detik cemas apabila angin kuat serta hujan lebat berlaku beberapa jam sebelum berbuka puasa di Kampung Kenangan Puchong, Selangor pada Sabtu.

Kejadian yang sempat dirakam orang awam itu memaparkan serpihan bumbung beberapa buah rumah dan sebuah masjid berterbangan di udara.

Menerusi video tular dikongsikan di Facebook, sebahagian bumbung yang diterbangkan ribut menyebabkan kerosakan pada struktur Masjid Nurul Huda di kawasan itu.

BACA LAGI: 'Boleh buat cekodok', wanita hilang selera nak berbuka dapat air soya serupa tepung

Pada masa sama, ia turut berlaku di kawasan bazar Ramadan sekali gus menjejaskan para peniaga yang menjalankan perniagaan ketika itu.

Kedengaran laungan azan daripada seorang lelaki dipercayai pemilik sebuah kedai kasut di kawasan terbabit.

Dalam video lain, kelihatan juga beberapa khemah dan barang jualan peniaga bazar hampir terbang akibat angin kuat.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu setakat ini.

BACA LAGI: Cikgu mengamuk sebelum berbuka puasa, mak ayah sibuk tanya pasal kerja sekolah anak

Screenshot (656)

Beberapa buah khemah peniaga bazar yang hampir terbang ketika kejadian. — Facebook

Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian.

Sementara itu, keadaan tersebut juga biasanya berlaku semasa peralihan monsun.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengumumkan bahawa permulaan fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac dan berterusan hingga Mei 2024.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir dan lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak," katanya pada 25 Mac lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram