Penggunaan GEP mampu bantu naik taraf keselamatan sekolah, IPT


  • Massa
  • Isnin, 01 Apr 2024

Peranti yang disediakan untuk penggunaan sistem GEP dalam sistem kawalan keselamatan.

SISTEM pengurusan keselamatan kini semakin bergerak maju selari dengan perkembangan teknologi digital.

Susulan itu, satu sistem kawalan diperkenalkan iaitu Digital Real Time Guard Touring System atau Guard Expert PRO (GEP) bagi memantau setiap aktiviti atau tugas dilakukan oleh pengawal keselamatan terutamanya kawasan sekolah dan institusi pengajian.

GEP mula dibangunkan pada 2019 dan mula digunakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

BACA LAGI: Cikgu mengamuk sebelum berbuka puasa, mak ayah sibuk tanya pasal kerja sekolah anak

339129859_605934854475142_4937804858881687490_n

Ciri-ciri yang ada dalam sistem GEP.

Ia dibangunkan bersama beberapa peranti digital seakan-akan telefon pintar serta penggera butang panik, disambung dengan sistem utama yang boleh diakses secara dalam talian.

Menurut Pegawai Pembangunan Perniagaan Significs Technologies Sdn Bhd, Hayyul Qayyim, sistem tersebut memudahkan proses merekod dan menjejaki aktiviti rondaan serta keberadaan petugas.

"Ia juga dapat memastikan individu yang ditugaskan untuk membuat rondaan, menyelesaikan tugas mereka tepat pada masanya dan di lokasi yang betul

"Penggera tersebut berfungsi sebagai pemberi amaran kepada pengawal keselamatan bertugas yang mempunyai peranti. Pada masa sama, setiap maklumat dan pergerakan anggota itu direkod dan disimpan di dalam sistem yang disambungkan pada bilik kawalan," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Lelaki laung azan lihat bumbung rumah, masjid dan khemah peniaga bazar terbang angkara ribut di Puchong

photo_6075455721408937980_y

Peranti yang akan dibekalkan kepada setiap anggota atau pengawal keselamatan bertugas.

Sejak lima tahun dibangunkan, Guard Expert PRO ternyata mampu menangani beberapa masalah seperti kecuaian atau kemalangan melibatkan penduduk kawasan mahupun petugas keselamatan.

Hayyul berkata, sistem itu juga ada digunakan dalam kalangan bukan anggota keselamatan seperti Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE).

"Apa yang membuatkan mereka mahu menggunakan sistem ini adalah ada petugas yang terjatuh ke dalam laut dan tidak dapat dijejaki. Selama dua hari baru ditemui selepas mayatnya terapung di permukaan air.

"Semenjak itu, setiap petugas dibekalkan dengan peranti tersebut untuk tahu setiap kedudukan mereka di dalam kapal," kongsinya.

433875497_18016806845490308_8766401082949419753_n

Penggera butang panik yang diletakkan di kawasan tertentu bagi memberi amaran terus kepada peranti tersebut.

Bagi Hayyul, penggunaan GEP sememangnya relevan kerana ia masih diterima baik dalam era kini.

"Lagi pula zaman ini, banyak tempat lain seperti kawasan perumahan sudah tak gunakan sistem kawalan secara fizikal.

"Jadi, saya yakin bahawa GEP relevan dalam jangka masa yang panjang," jelasnya.

Bukan itu sahaja, pihaknya juga sebelum ini pernah membuat kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi pendedahan lebih luas terhadap sistem tersebut.

Katanya, kadar bayaran yang dikenakan adalah serendah RM200 setiap bulan mengikut tempoh masa pengguna.

"Jika mereka mahu menggunakannya selama dua tahun, mereka akan dibekalkan secukupnya dan hanya membayar setiap bulan sehingga tamat tempoh pembelian," tambahnya.

Justeru, Hayyul mengharapkan agar lebih banyak lagi institusi atau pihak lain melihat kepentingan penggunaan GEP dalam meningkatkan kualiti sistem keselamatan sesuatu kawasan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram