NASIB malang menimpa seorang wanita apabila cermin hadapan keretanya retak akibat perbuatan individu tidak bertanggungjawab di sebuah pangsapuri kos rendah baru-baru ini.
Berbaki seminggu sahaja untuk menyambut Aidilfitri, wanita dengan nama akaun Facebook Suhaila Taib meluahkan perasaan kecewanya terhadap kejadian tersebut.
Menerusi hantaran dimuat naiknya pada Rabu, terdapat sebungkus plastik merah berisi makanan yang dipercayai dilempar seseorang sehingga menyebabkan cermin keretanya retak.
BACA LAGI: Kerajaan mahu laksana subsidi bersasar, tapi ramai khuatir tak lepas syarat kelayakan
BACA LAGI: Subsidi bersasar perlu, pastikan hanya kumpulan layak dapat manfaat — PM Anwar
Pada masa sama, bungkusan itu juga ditemukan di atas keretanya ketika kejadian berlaku.
"Dugaan bulan puasa, ni peti ais rosak dah baiki pun tak baik juga. Ini lagi satu dugaan, cermin kereta pecah, orang baling barang.
"Cik abang pula tak ada. Dugaan di bulan Ramadan ni, semoga ALLAH beri yang baik-baik sahaja selepas ini," tulisnya.
Namun, tiada kerosakan lain atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.
Sementara itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut serta ada yang mencadangkannya untuk cuba membuat tuntutan kepada insuran kereta.
"ALLAH, dugaan akhir Ramadan, semoga diganti dengan yang lebih baik, sabar ya Su," komen Faizah Ahmad.
"Cermin boleh claim insurans," cadang Mustapha Mat Isa.
Bagaimanapun, tiada tindakan lanjut yang dikongsikan oleh pemilik kereta terbabit berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram