PERSIAPAN rapi sudah dilakukan Sri Pahang FC apabila membawa masuk nama-nama baharu menjelang musim baharu yang akan bermula tidak lama lagi.
Selain itu, latihan pramusim juga sudah diadakan dengan kesemua pemain sudah melaporkan diri dalam sesi yang dikendalikan pengendali pasukan, Fandi Ahmad.
Tetapi, satu khabar angin mula tular di media sosial mengatakan kelab Pantai Timur berkenaan berdepan isu gaji untuk dua bulan.
Dalam satu hantaran di laman X Onefootball.my, pasukan berkenaan dikatakan terpalit dengan masalah itu untuk tempoh yang agak merisaukan.
"Liga belum bermula, difahamkan Sri Pahang FC ada masalah gaji selama dua bulan tidak bayar.
BACA LAGI: Sense of belonging fans Selangor dipuji penyokong Sri Pahang
Dakwaan pengguna laman X itu menerima perhatian pelbagai pihak di media sosial.
"Sri Pahang ada masalah gaji setiap tahun. Tetapi mengapa media tidak 'hype' masalah yang melanda ini di Sri Pahang berbanding pasukan lain?" tulisnya.
Hantaran pada Sabtu lalu itu menyebabkan perbualan hangat memandangkan isu gaji menjadi barah dunia bola sepak tempatan dengan beberapa kelab lain mengalaminya.
Skuad Tok Gajah bagaimanapun difahamkan tidak terlibat dengan masalah berkenaan kerana tiada laporan dibuat pemain mahupun staf pengurusan.
Jadi, tuduhan pengguna laman X itu menjadi fokus hangat penyokong Sri Pahang yang mendesaknya untuk memberikan bukti atas pendedahan berkenaan.
"Sudah seharian hantaran ini, bukti katanya gaji tak berbayar dua bulan tu mana? Ada beza tak bayar terus dan bayar lambat. Kalau betul tak dibayar gaji, kenapa tiada laporan ke pihak berwajib macam pemain Kelantan FC buat tahun lepas?" kata Twt Bola Pahang.
BACA LAGI: Tiga syarat Brendan Gan letak sebelum pilih Pahang atau KL City
Skuad Tok Gajah kini sedang mengadakan sesi latihan menjelang pembukaan saingan Liga Super 2024/25. — Facebook/Sri Pahang FC
"Main tuduh sahaja tanpa ada sumber yang sahih, jangan kena sama sudahlah. Nak jadi penyampai berita sekali pun, jadi lah yang beretika dengan cek sumber dahulu," kata Shawal Hashimi.
"Ada laman yang menuduh Sri Pahang tidak membayar gaji selama dua bulan. Helo, nak menipu pun agak-agaklah. Pemain baru sahaja sambung kontrak tiga minggu lepas, tidak mungkin sudah sangkut," kata Panthera Tigris Jacksoni.
Perkara itu membuktikan penyokong skuad Tok Gajah enggan membiarkan kontroversi sebegitu mencalarkan reputasi kelab berkenaan.
Musim lalu, Kelantan FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC merupakan antara pasukan yang terpalit dengan masalah gaji.
Namun, campur tangan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyaksikan hanya skuad The Red Warriors (TRW) masih belum menyelesaikannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram