Tiga syarat Brendan Gan letak sebelum pilih Pahang atau KL City


  • Podium
  • Isnin, 18 Mac 2024

Brendan Gan (kanan) hanya mahu mendedahkan masa depannya selepas tamat aksi berdepan Oman. — Facebook/FAM

DI usia emas, saham jeneral pasukan kebangsaan, Brendan Gan semakin meningkat apabila difahamkan dua pasukan Liga Super berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi saingan musim 2024/2025.

Difahamkan bahawa Sri Pahang dan Kuala Lumpur (KL) City FC bersaing untuk merekrutnya dengan Brendan juga dilaporkan sedang mencari kelab baharu untuk meneruskan kerjaya profesionalnya di Malaysia selepas meninggalkan Selangor pada Januari.

Pemain berusia 35 tahun itu kini fokus pada tugasan pasukan kebangsaannya kerana dia adalah sebahagian daripada skuad untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027.

Harimau Malaya akan menentang Oman dalam Kumpulan D pada 21 Mac di Muscat dan di Bukit Jalil pada 26 Mac ini. Oleh itu, dia memilih untuk tidak bercakap soal perpindahan kerana ingin fokus pada tugas negara.

“Saya tahu soalan ini akan ditanya tetapi saya belum memuktamadkan sebarang keputusan. Anda mungkin tahu perpindahan saya lebih awal daripada saya.

“Saya sedang menumpukan perhatian untuk bermain dengan baik bersama pasukan kebangsaan. Saya hanya gembira berada di kem dan saya mahu melakukan yang terbaik untuk negara," katanya.

BACA LAGI: Mahu kekal di Malaysia, ‘jodoh’ Brendan Gan cuma diketahui lepas jumpa Oman

isi dalam 3

Brendan (kiri) dikatakan hampir pasti untuk sertai Sri Pahang. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Hanya 1 peratus halang Brendan Gan sertai Sri Pahang

Brendan, yang bermain untuk Harimau Malaya pada Piala Asia di Qatar baru-baru ini sudah membuat 80 penampilan untuk Selangor dan menjaringkan 14 gol.

Walaupun usianya sudah lanjut, Brendan tetap menjadi sasaran kelab Malaysia kerana kepimpinan, komitmen dan profesionalismenya.

Menurut sumber dari Pahang dan Kuala Lumpur, Brendan sudah bertanya tentang mengenai kriteria diinginkan iaitu keadaan pasukan, pusat latihan dan kehidupan di bandar tersebut kerana dia mahu memastikan keluarganya hidup selesa.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Warga Kota, Stanley Bernard Samuel tidak menafikan sedang memantau Brendan tetapi buat masa ini, mereka mahu menjelaskan tunggakan gaji terlebih dahulu.

"Ia adalah satu impian (untuk mempunyai Brendan) tetapi masih terlalu awal kerana kami mempunyai isu kami sendiri untuk diselesaikan.

“Apa yang penting ialah kami menunjukkan niat kami untuk mendapatkannya. Saya sudah berbincang dengan pemain senior di KL City, mereka mahu Kuala Lumpur berdaya saing merekrut Brendan," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram