PENYOKONG Gergasi Merah membanjiri Pusat Latihan Tertutup Selangor FC pada Sabtu bagi mendapatkan jersi away bagi musim 2024/2025 yang sudah dilancarkan sehari sebelumnya di media sosial rasmi kelab.
Jersi baharu tersebut hadir dengan warna kuning yang melambangkan kecemerlangan serta keyakinan pasukan kerana sudah layak ke saingan Liga Juara-Juara (ACL2) 2024.
Sentuhan warna biru pekat pula menunjukkan kesatuan pasukan untuk mencapai kejayaan dalam menempuhi saingan 2024/25. Manakala, warna putih sesuai dengan perubahan serta pembaharuan yang telah dilakukan bagi memperkuatkan lagi pasukan untuk musim ini.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kit baharu Gergasi Merah berkenaan juga mendapat sambutan menggalakkan apabila seawal pukul 9:00 pagi penyokong sudah mula berbaris bagi mendapatkan jersi away itu.
Lebih menarik apabila penyokong Gergasi Merah yang hadir untuk membeli kit baharu itu rata-ratanya menyarung jersi Selangor musim-musim sebelum ini dan tindakan mereka mendapat pujian daripada peminat kelab Liga Super lain.
BACA LAGI: Skuad B-23 mudah tundukkan India bukti Arif Aiman boleh fokus perkuat Harimau Malaya
Mula saat ke 23 sampai lah habis rata penyokong pakai jersi Selangor. Hanya semata mata nak beli jersi je. Konsep kadang beli jersi ni datang, bayar, balik. Itu je.
Tapi sebab ada sifat dalam diri iaitu bangga kepada kelab itu sendiri, setakat datang beli jersi pun pakai jersi. https://t.co/wJKGyBFrP8
— Twt Bola Pahang (@TwtBolaPahang) March 23, 2024
Dalam satu untaian ciapan di X (Twitter), laman penyokong Sri Pahang, Twt Bola Pahang cukup mengagumi sikap hormat dan rasa bangga pemain ke-12 Selangor kepada kelab kesayangan mereka.
Menurutnya, Gergasi Merah merupakan kelab yang paling dekat dengan komuniti kerana penyokongnya sentiasa memberi sokongan dan pasukan sendiri sering melibatkan peminat dalam apa-apa acara.
"Mula saat ke-23 sampai habis rata penyokong pakai jersi Selangor. Hanya semata-mata nak beli jersi. Konsep kadang beli jersi ini datang, bayar, balik. Itu saja.
"Tapi sebab ada sifat dalam diri iaitu bangga kepada kelab itu sendiri, setakat datang beli jersi pun pakai jersi.
"Dekat Malaysia sejujurnya susah sangat kau nak tengok orang pakai jersi untuk majlis kecil selain hari perlawanan. Aku tidak tahu nak beritahu macam mana tapi anda faham kan apa aku nak sampaikan? Pendek kata, sense of belonging lah.
"Aku nak kata Selangor satu-satunya kelab di Malaysia yang ada penyokong sejati dari hati dan cekal, anda akan kata aku bodek. Lantak lah, aku cakap sebab ini dari perhatian aku sendiri. Nak tengok penyokong sejati, tengok Selangor. Pusinglah macam mana pun," katanya.
BACA LAGI: Ketiadaan KL City FC, KDA FC buat Liga M hambar, rencat perancangan bola sepak
Sebahagian pemain Selangor yang meluangkan masa bersama penyokong di Pusat Latihan Tertutup Selangor FC pada Sabtu. — Facebook/SelangorFC
Rasa sayang penyokong Selangor terhadap kelab wajar menjadi contoh kepada peminat lain kerana sokongan padu dari peminat secara tidak langsung akan membantu membangunkan kewangan kelab.
Sebuah kelab berpotensi untuk menjana pendapatan apabila mereka mempunyai kumpulan penyokong yang besar bagi membeli cenderahati rasmi kelab dan hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram