Fizikal boleh tahan, ada yang mula samakan Gordic dengan bekas striker Sang Kenari


  • Podium
  • Rabu, 27 Mac 2024

Gordic memiliki struktur fizikal yang diharapkan mampu membantu skuad Sang Kenari musim depan. — Agensi

PERBELANJAAN skuad Sang Kenari diteruskan dalam jendela perpindahan kali ini apabila pada Rabu, mereka mengumumkan kehadiran penyerang import, Milos Gordic.

Pemain yang sebelum ini berstatus ejen bebas setelah dilepaskan kelab China, Wuxi Wugo disambar untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan.

Ketinggiannya yang mencecah 1.87 meter serta struktur fizikalnya diharap mampu membantu Kedah Darul Aman (KDA) FC memburu lebih banyak jaringan.

Bagaimanapun, terdapat kesangsian mengenai kebolehan Gordic kerana usianya sudah semakin lanjut di samping statistik jaringannya agak mengecewakan.

Menurut catatan terkini, penyerang kelahiran Serbia itu hanya menjaringkan 31 gol dan mencipta 10 bantuan jaringan dalam 131 penampilan sepanjang kariernya.

BACA LAGI: Fans Hijau Kuning yakin Baddrol tak lupa tugas hakiki lepas dilantik pengurus KDA FC B

434640881_452889143758935_5232100680577246736_n

Gordic diumumkan sebagai rekrut import terbaru Sang Kenari. Facebook/KDA FC

Pulangan itu dikhuatiri tidak akan bertambah baik sepanjang bersama skuad Sang Kenari yang mahu berada di kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super 2024/25.

Tetapi, isu berkenaan dilihat tidak menggusarkan penyokong Hijau Kuning akan kehadiran Gordic kerana rata-rata yakin akan kemampuannya di atas padang.

"Apa sekali pun, kita tengok terlebih dahulu gaya permainan dan penyudah dia sebelum kita nak kata yang bukan-bukan. Harap menjadi mesin gol sahajalah," kata Mohd Zaidi.

"Kalau nampak gaya dia ni, boleh dah kalau nak sudahkan peluang yang diberi. Kalau nak harap dia gelecek lawan, memang tidaklah rasanya," kata Nizam Izham.

BACA LAGI: Dah tiba masa ganti Ifwat, KDA FC antara 3 kelab patut sambar Rahadiazli

129291544_3910162169016231_9043652157857142296_n

Ken Ilso merupakan salah seorang penyerang terbaik pernah dimiliki skuad Sang Kenari. Facebook/Kedah FA

Malah, ada pula daripada mereka mula membandingkannya dengan bekas penyerang Kedah, Ken Ilso Larsen melihat kepada struktur fizikal dan klip daripada aksinya sebelum ini.

"Jelmaan Ken Ilso, susahlah nanti pertahanan lawan nak kekang dia. Lari laju nampaknya," kata Saiful Ijatgap.

"Dia dah sampai dah, harap penyudah seakan-akan Ken Ilso. Selamat datang kepada Milos," komen Shahrul Anuar Ismail.

Kehadiran Gordic menyaksikan Kedah sudah memiliki empat import setakat ini selepas Habib Haroon, Sony Norde serta Sukhrob Nurullaev diumumkan.

Bagi pemain lokal pula, skuad Sang Kenari diperkuatkan nama-nama besar seperti bekas penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad serta bek kiri, Rizal Ghazali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram