BARU-BARU ini, penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim dilaporkan akan meninggalkan Sang Penyu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.
Ia selepas Ketua Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner menyuarakan hasratnya untuk melepaskan Rahadiazli secara pinjaman kepada pasukan lain.
Menurut Steinbruckner, pemain berusia 23 tahun itu perlu berhijrah ke pasukan lain untuk mengelak daripada terus sekadar menjadi penjaga gol kedua dan memanaskan bangku simpanan susulan prestasi yang kurang memberangsangkan musim lalu.
Meskipun sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd Sabri Abas mengatakan bahawa Sang Penyu tidak merancang untuk melepaskan Rahadiazli namun ia perlu demi minit permainan penjaga gol muda berkenaan.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga kelab Liga Malaysia (Liga M) yang boleh menyambar penjaga gol Sang Penyu itu.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Game panas', 7 kad kuning pernah cemari aksi JDT-KDA FC
Rahadiazli atau mesra dengan sapaan Abe itu dijangka dilepaskan secara pinjaman ke kelab lain musim 2024. — Instagram/rahadiazli_01
BACA LAGI: Elak panaskan bangku simpanan, Rahadiazli dilepaskan TFC secara 'loan'
1. Kedah Darul Aman FC
Memiliki kelebihan fizikal, Rahadiazli dilihat memiliki 'pakej' lengkap untuk menjadi penjaga gol terbaik buat pasukan KDA FC musim 2024.
Di samping itu, pengalaman yang luas dalam Liga M sudah pasti pasukan Sang Kenari tidak ingin melepaskan peluang keemasan tersebut apabila Rahadiazli dikhabarkan bakal kena 'loan'.
Meskipun begitu, tahun 2023 menyaksikan musim yang agak suram bagi Rahadiazli apabila dia hanya tampil dalam tujuh perlawanan dengan 630 minit permainan di Liga Super.
Rahadiazli mula mencipta nama sejak dua tahun lalu di bawah kendalian ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain dan sering berada dalam kesebelasan utama termasuk final Piala FA pada musim lalu.
Pastinya, KDA FC antara pilihan yang tepat untuk Rahadiazli meraih kembali minit permainan dengan bersaing bersama penjaga gol utama ketika ini, Kalamullah Al-Hafiz di samping Ifwat Akmal yang pernah mengawal ketat gawang Sang Kenari.
2. Sri Pahang FC
Sri Pahang FC juga antara kelab yang pernah dikaitkan dengan Rahadiazli kerana pasukan itu juga mengidamkan bakat penjaga gol yang berusia 22 tahun itu.
Sebelum ini, skuad Jang difahamkan mahu mendatangkan pemain dari Terengganu itu namun kontrak pemain berketinggian 1.92 meter itu bersama Sang Penyu belum tamat.
Dengan pengumuman Terengganu FC yang menyatakan bahawa Rahadiazli bakal dipinjamkan, ia nampaknya memberi ruang untuk Sri Pahang FC menerima bakti penjaga gawang itu.
3. Negeri Sembilan FC (NSFC)
NSFC yang menduduki tangga kesembilan pada musim lepas sudah pasti mahukan perubahan untuk meningkatkan kualiti pasukan sekali gus mahu menjadi empat terbaik dalam liga.
Bolos sebanyak 49 gol bukti NSFC perlu mencari penjaga gol yang lebih berkualiti untuk diberi harapan agar dapat menjaga pintu gawang kelab tersebut dengan lebih sempurna.
Rahadiazli dilihat sangat sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol utama bagi NSFC kerana usianya yang masih muda dan mempunyai bakat tersendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram