Dua bekas hero TBG ambil berkat Ramadan, jual nasi lemak ketika sahur di Stadium Ipoh


  • Podium
  • Ahad, 24 Mac 2024

Amirul Azhan (21) merupakan salah seorang bekas pemain Perak FC yang mengambil peluang memulakan perniagaan kecil-kecilan.

BULAN Ramadan memberi ruang buat orang ramai mencari rezeki dengan berniaga apa sahaja barangan di bazar demi menambah pendapatan diri dan keluarga.

Antara yang menyambar peluang itu ialah dua bekas pemain Perak FC, Amirul Azhan dan Nazirul Naim yang menjual nasi lemak di perkarangan Stadium Perak, Ipoh baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan laman media sosial Viral Perak yang memaparkan mereka menjual makanan berkenaan berserta beberapa lauk-pauk lain.

"Amirul Azhan berniaga nasi lemak daun pisang dan punten Jawa, gerai sebelah pula Nazirul Naim jual bubur nasi berlauk, colek dan mi kari.

BACA LAGI: Selain Adam Nor Azlin, 3 lagi CB dilihat calon terbaik perkukuh benteng Perak FC musim depan

433714657_922546912656561_977354038808978365_n

Pelbagai lauk-pauk dan pilihan juadah ditawarkan Amirul Azhan (tengah) di gerainya. Facebook/Viral Perak

"Hilang sabar jugalah semalam nak beli nasi lemak dengan punten Jawa di sini, pelanggan tak henti 'serang' gerai! Dah lah sedap nasi lemaknya, taste macam stail opah-opah buat dulu," katanya.

Berdasarkan foto dikongsikan, Amirul Azhan membuka gerai makanan yang dikenali sebagai 'The Makcik Co' dengan bantuan ahli keluarganya.

Nazirul Naim pula membuka gerai 'Dapor Mommy Tiger x Bubur Berlauk Ipoh' dengan dia turut dibantu ahli keluarga dalam perniagaan kecil-kecilannya itu.

Kedua-dua mereka sebelum ini beraksi buat skuad The Bos Gaurus (TBG) untuk beberapa musim dengan beberapa kejayaan sempat diraih, termasuk kejuaraan Piala Malaysia 2018.

BACA LAGI: Perak FC mohon maaf, janji perbaiki pasukan menjelang jendela perpindahan kedua liga

432365426_922547335989852_2912281292224297563_n

Nazirul Naim mengambil peluang menjual beberapa juadah di gerainya. Facebook/Viral Perak

Kini, masing-masing tidak lagi mewakili Perak FC dengan Nazirul Naim sebelum ini berkhidmat untuk Kuala Lumpur (KL) City FC, namun kontraknya difahamkan tidak disambung kelab Lembah Klang itu.

Ini berikutan kecederaan serius dialaminya musim lalu yang menyaksikan bek kiri itu lebih kerap memanaskan bangku simpanan dengan hanya 17 penampilan Liga Super direkodkan.

Bagi Amirul Azhan pula, pasukan Liga Super terakhir diwakilinya ialah Kedah Darul Aman (KDA) FC sebelum dia memilih untuk mencuba nasib di Liga M3 bersama Harini FT.

Dia difahamkan sudah tidak lagi bergelar seorang pemain bola sepak profesional kerana hantaran di Instastory peribadinya memaparkan bekas pertahanan skuad TBG itu lebih kerap meluangkan masa bersama keluarganya.

Meskipun terdapat cadangan untuk mereka kembali ke pangkuan skuad TBG, mereka memilih untuk tidak menyertai skuad TBG yang kini mempunyai hala tuju dan visi baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram